Wednesday, August 10

Tips refresh diri semasa lembik berpuasa!!! hehe




Bagi anda yang dah biasa guna laptop atau komputer,
sudah pasti tahu apa fungsi refresh di bahagian desktop.
Klik kanan mouse, akan keluar satu command box.
Klik refresh supaya komputer jadi sedikit ’segar’.
Kekadang ada orang refresh sampai 10 kali kan hehehee…
Asyik merefresh aje kerjanya. Kita pun kena camtu.
Kena refresh diri selalu supaya dapat bergerak dengan lebih lancar lagi.
Lebih-lebih lagi bulan puasa ni kompom dah masuk tengahari
Mesti lembik, lesu dan longlai kannn??
Waktu pagi, kita jadi bersemangat. Masuk aje jam 10 pagi,
dah start mengantuk, dah mula lemah longlai. Lepas waktu tengahari,
lagi macam nak tidur sebab dah makin lesu je badan kan?
Tak dapat buat satu apa kerja. Malas jadinya.
Bagaimana nak mengatasi masalah ni korang2?
Mesti nak tau rahsia segarkan badan di kala puasa…

kita kena refresh diri kita, macam kita refresh komputer kita tu jugak!
Biar kita juga rasa segar dari yang sebelumnya.
Untuk nak merefresh diri, tarik nafas dalam-dalam,
tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian lepas perlahan-lahan
dalam kiraan 7 saat. Ulang sebanyak 3-5 kali.
Anda akan rasa pening-pening sedikit selepas tu.
Kesannya, anda rasa lebih segar.
Mengantuk, boring, malas dan jemu, semua hilang.
Anda jadi, tenang, relaks sejurus selepas itu.
Jika anda berada dalam situasi sibuk, teknik ini akan membuat anda
tenang ketika memfokus pada apa yang anda lakukan.
Ataupun, anda boleh bayangkan seperti anda mengklik butang
‘refresh’ di skrin komputer depan anda, serta merta anda bertenaga semula.
Anda membayangkan ada cas elektrik kaler biru muncul di atas kepala anda,
menjalar ke seluruh badan hingga ke hujung kaki lalu hilang.
Ia membuat anda rasa ‘fresh’.
Gunakan mana-mana teknik yang rasa sesuai dengan anda,
sama ada teknik pernafasan atau teknik imaginasi,
seolah-olah ada skrin di depan mata anda yang memaparkan butang refresh,
sebijik macam kat dalam komputer. Merefresh selalu membuat anda
berada mood bermotivasi, tak le kurang bersemangat, asyik keboringan,
lemah longlai atau asyik mengantuk saja.
Okeh sila pratikkan untuk insan-insan yang lemah di bulan puasa!!!


7 comments:

MizzTina said...

xleh nk refresh dh.. huhu

BERT said...

lembik sangat ke hehe

SoLy SoLicious said...

errkk.... minum air? boleh x??hehehe

BERT said...

@SoLy SoLicious

haiiya batal la pose kang hehe

BERT said...

@azam

amboi lamenye 2 jam.. sy tadi tido jap dlam 20 menet.. baru segar kembali.. yahooo

Student uniSZA said...

dari tadi mimi duk asyek refresh page je sbb line tenet ciput cam siput * dah lembek dah ! haha

p/s : sori lambat ucap : selamat berpuasa buat akak suami istri .. hihi

BERT said...

@CikMiMiey

mekaceh cik mimi... slamat berpose jugak ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...