Monday, March 12

Ciumlah sebelum pergi kerja!


Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-manapon,

bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.


Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan.
Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun2004
(gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan
yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.


Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan
oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum
pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untuk
mendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja,
suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan
jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.


Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan
diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami
mengubah haluan ke arah wanita lain.


Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas
dasar kajian yang telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya
tidak dapat disahkan secara 100% peratus tetapi
ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira.


Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini
adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga.
Tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan
pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk
ke tempat kerja masing-masing.


Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang
mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab
mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat.


Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya.
Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama
mendirikan rumahtangga..jangan rasa anda telah terlewat untuk
mencuba. Dalam rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa,
barulah lebih bermakna.

Selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus
bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin...



Cuba cubalah... praktikkan!!




5 comments:

Unknown said...

bab cium2 tu dah jadi wajib tiap2 pagi.....klu x cium pipi husband....sure dia merajuk

dwatyKNY said...

yang pasal jangka hayat tu betul kot...

misz beauty said...

perkara wajib each time nak keluar keje or pi mana2 berasingan... =)

jangan kiss jek.. hugs pun mesti kene lama2... hik hik hik ;-)

Zurina J. said...

terus rase nak kawin cepat-cepat..

Cik Rose said...

akan terus dipraktikkan ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...