Thursday, January 2

Punca Sakit Belakang Semasa Mengandung





Seringkali kita mendengar keluhan ibu mengandung mengalami 
sakit belakang.terdapat beberapa punca terjadinya sedemikian :-

1. Penambahan berat bayi dan perubahan postur badan 
yang sedikit menganggu postur normal
2. Berdiri terlalu lama atau duduk lama semasa bekerja di pejabat seharian
3. Pemakaian pakaian dalam yang sudah tidak sesuai dengan
 keadaan fizikal semasa mengandung
4. Postur badan yg kurang sesuai semasa mengangkat barang dan tidur

CARA MENGATASI
1. Menggunakan postur yang betul semasa berjalan,
 tidur, dan bangun dari pembaringan.

2. Menggunakan bantal sebagai sokongan semasa duduk di kerusi 
dan jangan menyilangkan kaki semasa duduk

3. Jika berdiri terlalu lama, buat senaman seketika

4. Jangan berjalan dengan keadaan menolak perut kehadapan

5.Memakai coli yg bercangkuk dan tali lebar serta kain yg nipis
 dan selesa serta memakai seluar dalam mengandung yg selesa

6. Memilih kasut yg tidak bertumit dan pemilihan kasut yg sesuai yang
 mempunyai edaran udara serta mempunyai sokongan lengkuk tapak kaki

7. Membuat senaman yg sesuai dan sekiranya keadaan 
semakin teruk silalah berjumpa pakar

8.Berhati2 semasa mengangkat dan mengambil brg dengan menggunakan
 postur yg betul dengan membengkokan kedua lutut bknya 
membengkokan badan sahaja - sumber


3 comments:

eMMe said...

Tahun Ni ade ke azam nak tambah satu lagi Bert?

Selamat tahun baru ye Bert, amey, naufal...

Unknown said...

kadang kadang tengok orang pregnant selalu berjalan pegang pinggang sambil perut ke depan.. mungkin tu antara punca sakit belakang..

pst.. nopal nak dapat adik ke? kembali update pasal pregnancy ni.. hihi..

Qashmere said...

saya pon kena...lepas tu sakit kat bontot..hahaha......

nak duduk rasa macam sakit gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....ooops

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...