Monday, April 28

TIPS BAYI TIDUR LENA



Rengekan bayi ketika tidur tanda dia tidak tidur lena. Ia sangat 
meresahkan ibu dan ayah. Ini memang perkara biasa yang sering
 berlaku dalam kalangan bayi baru lahir. Sudah puas didodoi dan 
didukung untuk memastikan tidurnya lena, tetapi tidak sampai
 lima minit diletakkan bayi sudah terjaga.

Pening kepala ibu yang turut memerlukan rehat untuk
 memastikan si kecil tidur lena. Sebenarnya ada beberapa tip
 yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi tidur lena.

1.Elakkan hubungan mata
Sebenarnya hubungan mata ke mata antara anda dengan bayi 
akan menyukarkan proses dia tidur lena. Oleh itu elakkan membuat 
hubungan mata ketika anda sedang mendukung dan mendodoi untuk
 menidurkannya. Hubungan mata hanya akan membuatkan si kecil 
menahan ngantuk dan meragam seterusnya menangis.

2.Mandikan
Keselesaan memainkan peranan penting untuk membolehkan
 bayi tidur lena. Badan berpeluh, lampin basah hanya akan membuatkan
 bayi tidak selesa dan sukar tidur. Oleh itu bersihkan badannya dengan
 mandikan sedikit supaya dia lebih selesa dan tenang untuk tidur.

3.Susukan dahulu
Kebiasaan seorang bayi atau kanak-kanak untuk mengenyangkan
 perutnya dengan susu bagi membantunya tidur lena. Oleh itu pastikan
 anda sudah menyusukannya supaya dia mudah tidur lena.

4.Sentuhan ibu
Sentuhan dan belaian membantu bayi untuk melelapkan mata
 dengan mudah. Bau badan ibu dan sentuhan kulit ke kulit
 membantunya tidur lena.

5.Menentukan waktu
Anda boleh mula mendisiplinkan bayi dengan rutin waktu tidur.
 Tetapkan masa tidurnya yang sama setiap hari. Pastikan anda
 melakukan aktiviti bersamanya sebelum itu seperti bergurau senda, 
berborak dan sebagainya supaya dia mudah berasa letih dan
 mengantuk sebaik tiba masa tidurnya.


2 comments:

PERMATABIRU said...

tips yg berguna

cik mah said...

Setuju2....slalu akan susukan sebelum tdo n siap2 wangi2...pastu jgn dok tgok2 muka baby..sbb nnti die ingt kita nk main2 ngan die..hehehe...tips yg berguna...tq share...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...