Tuesday, January 8

Jangan Lakukan Perkara Ini Semasa Mengandung!




sekadar memanjangkan info yang diterima...
untuk kegunaan sendiri dan tetamu jemputan khasnya


Ubat Nyamuk
Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan,
yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi
 bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

Derma Darah
Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah
mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan
 banyak darah untuk kehamilan.

Bawa Barang
Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah
kehamilan memasuki trimester terakhir.

Durian
Elak makan durian terutama trimester pertama kehamilan, kerana
boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

Kapal Terbang
Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan,
apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau
menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh
menambah risiko terhadap kehamilan.

Gincu Bibir
 Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka
 menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu
jika tertelan boleh membahayakan janin.

 Krim Pemutih
Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh
 menjejaskan kesihatan anda dan janin.

Ubat Jerawat
Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa
 kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan.
 Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin
 membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat,
kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang
 menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Banyak lagi sebenarnya kan? Nak tambah boleh aja dong.. hehe

sumber


13 comments:

Miss N™ said...

pasal gincu tu..selalu org amik ringan je kan..xfikir pasal bahan kimia yg terkandung...

bila baca baru sedar....

Masya said...

banyak juga yg tak bolehkan.. tp tu lah.. kd² kt ni suka amik ingan ..kesannya sendiri tanggung...

Cik Rose said...

thanks kak Bert :)
Banyak info yang Kak Bert bagi..

Anonymous said...

tq share info ye

- AZIE - said...

gincu tue dr mula preggy memg xpakai..tp sejak akhir2 nie tngin pakai pulak..aduhai...

LiYa HaNiF :: said...

info bagus nie... ^_~

LiNda said...

mase pregnant memeg kene jage betul2 kan, byk pantang larang n perkara yg kita x leh wat :)

are_lin@yu said...

oo byk pantang larang eh..hehe

ct kektus said...

banyaknya pantang larang. tapi demi baby yg bakal lahir sanggup je. hihii

Myra Jay said...

Nasihat berguna buat semua especially Ibu mengandung :D

lelamaisara said...

banyak pantang larang rupanye kan....

Cikrosecute said...

tq share info ye bert..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wahhh bert bagus info ni...tp ada juga yg ambil remeh hal mcm kt atas tu kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...