Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean,
penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah
pada perut dan
bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan
memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana
jahitannya
lebih besar serta dalam berbanding luka
episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk
memastikan
luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;
1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas
1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas
menjalani
pembedahan besar boleh membantu percepatkan
penyembuhan
luka dan mengurangkan risiko darah beku.
Anda
tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan
akan
terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku.
Pastikan
anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau
jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang
pergerakan
yang besar terutama pada beberapa hari awal
selepas pembedahan.
2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak
2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak
selepas
bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan
kadar
segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan
yang
mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan
dan
buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral.
Manakala
sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.
Jangan
terpedaya dengan cakap orang tentang makanan
sejuk
dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains.
Sebagai
contoh, bayam dan lobak merah mengandungi
antioxidant
berupaya membuang toksin dalam tubuh.
Brokoli
dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya
meningkatkan tahap hemoglobin anda.
3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan
3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan
percaya
kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air
boleh
menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.
Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan
menyukarkan
proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada
perut dan
tempat luka serta menyebabkan anda menjadi
sakit.
Minum
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang
4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang
boleh
memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan
kecutan
rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.
Ada
pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh
memberikan
tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu
sekiranya
ingin mengambil sebarang ubat tradisional
yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.
5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu
5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu
2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin
normal. Kehilangan darah
menyebabkan
perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan
ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan
memakan
suplemen zat besi dan multivitamin dapat
meninggikan tahap
hemoglobin
dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan
tempuh
pemulihan anda.
6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan
6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan
mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi
dan bergerak.
Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya
untuk
memastikan
anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
Setiap
kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin
yang
menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan
risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik
menyusu yang sesuai
yang boleh anda pelajari dari jururawat dan
bidan hospital.
Anda
juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang
pernah melahirkan secara pembedahan.
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut
sekiranya
perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang
ubat
tanpa saranan doktor kerana boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu.
Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan
sakit terutamanya
semasa
batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana
ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus.
Ia juga menolong
mengurangkan
sakit belakang dengan memberikan sokongan pada
tulang
belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan
berasaskan
dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.
10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan
10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan
anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan
daripada melakukan
aktiviti
tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting
11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting
semasa
anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan
daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan
emosi sekiranya
perlu kerana anda baru sahaja menjalani
pembedahan yang besar.
Anda
tidak boleh melakukannya sendirian.
Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini,

eloklah
berjumpa doktor dengan segera.
2 comments:
walaupon tak pernah bersalin ceaser..tapi tq for da info..:)
semua ni ilmu,
terima kaseh sudi share.. :)
Post a Comment