Saturday, April 11

12 PANDUAN BERJAYA BERSALIN NORMAL




Anak sulung saya lahirkan secara pembedahan...
akibat kelemasan maka emergency czer perlu dibuat..
memang cepat le.. bius sekejap.. 5 minit lepas tu baby dah 
bawak keluar.. menjerit kesakitan la bila bius tak jalan
lagi perut dah kene layat.. tak sesaba sangat doktor tu
nak nyembelih perut tu haha.. padahal dah nonggok 
lama kat labour room tu doktor nyembang2 ape ntah..

harapan mengandung yang kedua ni nak try normal...
tapi boleh ke? tunggu keputusan pakar bulan depan 
apa katanya.. kalau boleh normal cuba normal.. kalau
tak boleh keluar ikut tingkap lagi la nampaknya.. hmm..
cari tips bersalin normal... yeah ada jumpa nak share sini..



TIPS BERJAYA BERSALIN NORMAL

1. Kelahiran Cesarean Yang Rendah
~ Anda boleh cari hospital yang mempunyai kadar kelahiran
czer yang rendah.. tanya sesape yang berkenaan, doktor,
rakan, staff hospital yang tahu tentang kelahiran ini...

2. Tanya Doktor
~ Tanya pendapat doktor anda tentang kelahiran normal ni..
anda lihat kecenderungan beliau bersalin ke arah normal atau czer.
Bincang tentang plan kelahiran anda dan tegaskan pendirian anda
untuk bersalin secara normal jika tiada apa masalah pada anda..

3. Pantau Kenaikan Berat Badan
~ Kurangkan pengambilan karbohidrat dan cek kenaikan
badan anda ketika hamil.. kenaikan berat badan yang 
keterlaluan dikaitkan dengan bayi obes dan meningkatkan
risiko untuk bersalin secara pembedahan...

4. Tingkatkan Ilmu
~ Cari bahan bacaan atau hadir ke kelas antenatal
supaya anda lebih memahami prosen kelahiran normal..
Belajar tentang teknik bernafas dan cara mengurangkan
 sakit dan petua memudahkan ketika bersalin...

5. Bayi Songsang
~ Jika bayi anda songsang, anda ada pilihan 
untuk pusingkan kedudukan bayi melalui kaedah
ECV (external cephalic version)

6. Intervensi Medikal
~ Elakkan daripada intervensi medikal seperti induction
of labour (IOL) tanpa sebab-sebab yang nyata...

7. Sakit Nak Bersalin
~ Bila kesakitan mula menjelma (contraction) jangan
tergesa-gesa ke hospital.. tunggu di rumah selama
yang boleh sehinga kesakitan lagi ketara...

8. Epidural
~ Elakkan dari menggunakan epidural.. ia meningkatkan
risiko cardiotocography (CTG) yang tidak normal
dan meninggikan risiko untuk bersalin cesarean...

9. CTG
~ Kurangkan penggunaan CTG secara terus kerana
kajian menunjukkan akan meningkatkan risiko
cesarean sebanyak 30%

10. Gerak Aktif
~ Jangan baring dan duduk di awal proses
bersalin.. banyakkan pergerkan dengan aktif
dan selalulah bertukar posisi

11. Ubat Kontraksi
~ Elakkan daripada menggunakan sebarang
ubat yang menguatkan kontraksi rahim anda..

12. Vacuum / Forceps
~ Cari pilihan untuk kelahiran vacuum atau forceps
jika tiada progress atau keletihan semasa peringkat 2
ketika bersalin (2nd stage of labour)

Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti..
jom baca Petua Mudah Bersalin pulak...
kot2 dapat membantu anda memudahkan bersalin...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...