Bukan Blog Kamu: April 2017

Wednesday, April 26

Cita-cita Adik Thaqif Berkubur... T___T


Ya.. Memang selalu ikut perkembangan adik ni semenjak tersebarnya berita tu.. Bila dapat tau kakinya dipotong tu mak ai.. Terkejut jiwa dan raga.. Macam tu sekali kesannya lepas dilibas dengan getah paip..


Dan harini.. Dapat lagi berita yang mengejutkan adik ni kembali menemui Penciptanya.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Syurga buatmu dik.. 

Sumber : Harian Metro

Johor Bahru: Murid tahfiz yang dipotong kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.


Sebak rasa bila baca coretan adik ni dengan citacitanya.. Takpa dik.. Syurga untuk adik dah terbentang luas.. Takziah buat keluarga adik Thaqif... Semoga tabah dan kuat dengan ketentuan ni.. ALFATIHAH.. 


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, April 8

Cara Edit Gambar Guna PicArt dan FocusnFilter


Saje rajin sikit simpan sini
tutorial ni.. Nanti kalau lupa
boleh rujuk balik keh..
Saya dah buat.. Haa jadiklah.. 😝

Awal april tahun ni Viral kat facebook gambar 
yang banyak di muat naik hasil daripada 
editing melalui apps PicArt dan FocusnFilter.

Jadi selitkan tutorial pada artikel ini yang 
di kongsikan di Facebook oleh saudara
 Muhammad Amir Iddin langkah demi langkah 
cara menghasilkan gambar seperti di atas.


Langkah 1:

Install apps PicsArt dan FocusNFilters


Langkah 2:
masuk kat picsart n pilih pic anda yg cun meletop tu... n then anda cari tools MAGIC (tips sy nak nmpk pic tu lawa.. sy sarankan anda makeup la sikit n tmbah barang2 mcm princess gitu sikit... sebab smua ni akan ada effect nnt setelah anda selesai edit nnt)



Langkah 3:
ok step ni anda kena bersabar banyak.. 
tnggu dia pnya loading... step ni mmg 
menguji kesabaran kita... sabar k... 
jangan baling nset plak nnty



Langkah 4:
tadaaaaaaa... dah siap... pic real ke kartun... 
sonang bhai tuuu kannn



Langkah 5:
then tolong save



Langkah 6:
dah selesai save... 
anda keluaq n discardkan dia ja



Langkah 7:
dah selesai keluaq n discard td dia akan keluaq 
lebih kurang macam ni....  background ni sy dah 
save dekat apps filternfocus siap siap dah....



Langkah 8:
step ni anda pilih add photo... 
untuk nak tempek photo yg kita dah siapkan td...



Langkah 9:
step ni just nak adjust gmbar kita bg nampk
 elok n kemas gituuuuu..... tekan tools eraser
 je nak adjust n padam kat area tepi tu



Langkah 10:
ok dah setle adjust then pergi save copat...



Langkah 11:
ok dah save kan n patah balik



Langkah 12:
ok next step... anda kluaq dari picsart... 
sy xmo cerita pasal picsart dah.... 
step ni kita focus kat apps focusnfilter ja k...



Langkah 13:




Langkah 14:
cari tools gallery




Langkah 15:



Langkah 16:
ok.. pic ni yg kita buat kat apps picsart td 
then masuk kedalam app focusnfilter...



Langkah 17:



Langkah 18:

Langkah 19:



Langkah 20:


Ok dah siap


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, April 2

KISAH TRAGIK : BERTERUS TERANG LAH SEBELUM NIKAH


"Sayang.... sebelum kita nikah esok, 
biarlah abang berterus terang"

"Kenapa bang?" 

"Lihat gambar ni"

"Siapa wanita ni bang?"

"Wanita ni sebenarnya ... isteri abang. 
Bila kita nikah esok, sayang akan 
jadi isteri kedua abang". 

"Sayang marah tak?"

"Abang.... demi cinta, sayang turutkan. 
Kalau itu dah suratan takdir dan jodoh 
sayang, sayang terima abang se-adanya"

"Sungguh murni kata kata mu, 
terharu abang"

"Tapi bang... sayang pun 
nak tunjuk gambar jugak"

"Erkkk... gambar apa pulak ni? 
Siapa lelaki ni?"

"Abang teka lah... sayang 
pun macam abang jugak"

"Apaa... ni gambar bekas 
suami sayang ke?"

"Tak lahhh kan sayang 
belum pernah kahwin lagi"

"Habis tu? Gambar boyfren lama sayang?"

"Hihihihihi... Tidakkkkk... sayang 
cinta abang soranngggg je tau!!"

"Habis tu gambar sapa ni?"

"Tu gambar saya sebelum operate!" 

"Nama saya dulu Latif bukan Latifah !"

"Abang..... abanggggg!!... 
alaahh pengsan pulak dia!!"

😂😂😂😂😂


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

7 SEBAB KENAPA WANITA LEBIH TERTARIK PADA LELAKI 'BAD BOY' !!



Lelaki selalu dikaitkan dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Tapi tak bermakna lelaki ‘bad boy’ ini lelaki jahat. Nakal je!

Menjadi ‘bad boy’ ni boleh dikatakan sikap semula jadi yang ada pada lelaki. Bila ditanya pada perempuan nak lelaki macam mana, mesti jawapan deorang nak yang baik dan setia.

Tapi, ramai je yang memilih lelaki ‘bad boy’ kerana mereka ini sangat disenangi oleh gadis-gadis kerana sikap mereka.


Jadi, ini antara 7 sebab kenapa perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang bergelar ‘bad boy’.


1) BAD BOY sentiasa yakin
Keyakinan yang dalam diri seorang lelaki membuatkan gadis mudah tertarik. Lelaki jenis ini jenis yang berterus terang. Kalau suka, dia akan cakap suka. Selalunya ‘bad boy’ ni jenis agresif dan cepat bertindak, tapi tidak ‘gopoh’.



2) Setiap ayat POWER!
Lelaki ‘bad boy’ akan mulakan topik perbualan yang ringan dan tidak gelojoh untuk terus minta nombor telefon. Mereka tidak akan bertanya tentang isu semasa atau pun pelajaran yang sememangnya membosankan.


3) Selalu jadi WIRA
Mereka selalu menjadi wira penyelamat jika kereta rosak atau pun memerlukan bantuan. Kadang-kadang mereka muncul tanpa diduga untuk mengambil hati anda.


4) Dia “MAT JIWANG”
Lelaki nakal biasanya pandai main alat muzik. Mereka mampu mencairkan hati wanita dengan alunan muzik dan suara sahaja. Lebih jiwang, jika mereka tujukan lagu khas untuk anda!


5) STAILO Habis!
Tidak dinafikan lelaki nakal pandai dalam soal berfesyen kerana mereka mahu sentiasa nampak sempurna dan kacak di mata wanita.


6) Pandai buat LAWAK
Nama pun lelaki nakal, sah-sah mereka ini jenis pandai ambil hati dan berlawak. Gadis-gadis mesti akan cair kalau dapat lelaki macam ni.


7) Sentiasa TERSENYUM
Cuba tengok lelaki ‘bad boy’, mesti mereka akan sentiasa tersenyum dan tersengih je macam kerang busuk. Tapi, senyuman itu juga la buat wanita cair dan mudah untuk mendekati wanita.

Psstt : laaa.. Saya dah terkawen dengan bad boy rupanya... Kahkahkah.. Terbaca artikel ni rajin pulak nak share hihi.. 😁

Credit : 
By Farizan Zainal
 -  Oct 15, 2015 20592 3

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...