Thursday, January 30

TANGANI MORNING SICKNESS





Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali 
sebagai morning sickness. Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini 
hanya datang pada waktu pagi sahaja.

Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam 
bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk 
mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.

Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa 
menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih 
belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.

Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan 
hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus
menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut
 yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, 
jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian
 bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur 
kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi
 keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil
 makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, 
berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermintatau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh
 peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu.
 Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat
 terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan
 paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman
 yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa 
loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan
 oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus 
untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom
 morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa
 memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik
 bagi mengelakkan rasa loya dan mual.



2 comments:

Mama Adwa said...

Salam,

Kurangkan simptom morning sickness anda... Jemput ke

http://adwazeye.blogspot.com/2013/12/morning-sickness.html

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness. Morning sickness ini harus dirawat dengan betul kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...