Antara masalah penyusuan adalah puting payudara ibu yang
tenggelam menyukarkan bayi untuk menghisapnya.
Jika tidak
dirawat,
lama-kelamaan boleh menyebabkan bayi kecewa dan
akhirnya
tidak mahu menyusu. Cara untuk merangsang puting keluar:
1. “Nipplet”
1. “Nipplet”
Pam khas ini perlu
diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam
perlahan-lahan diikuti urutan untuk
melembutkan puting.
Kaedah ini perlu
dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
2. Urutan
2. Urutan
Selain itu, anda boleh memberi rangsangan
kepada puting dengan
memicit bahagian areola setiap kali ketika
mandi. Buat selama 2 minit.
Pada masa yang sama
letakkan kain lembap atau disejukkan dengan
ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini
boleh mengatasi
masalah puting
terbenam secara perlahan-lahan dan anda
tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
3. Pam Payudara
3. Pam Payudara
Anda juga boleh menggunakan pam payudara untuk
merangsang
puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia
bukan sahaja dapat
mengelak masalah
pengumpulan terlalu banyak susu, malah
memudahkan bayi
menyusu.
4. “Breast Shell”
4. “Breast Shell”
Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu,
cawan payudara dan
membentuk puting. Alat ini perlu dipakai
bersama coli anda seawal
trimester ketiga untuk beberapa jam dalam
sehari. Sekiranya
anda selesa, anda
boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya.
Selepas bayi lahir,
pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi.
Namun, jangan
sesekali memakainya di waktu malam.
5. Teknik “Hoffman”
5. Teknik “Hoffman”
Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak
perlahan-lahan ke dalam tisu
payudara anda dan pada masa yang sama tarik
ibu jari anda.
Dengan itu, anda
melakukan regangan ke atas puting dan
melonggarkannya.
Puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar.
Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali
sehari.
6. “Nipple Shield”
6. “Nipple Shield”
Cara ini adalah
langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara
lain tidak menjadi. Caranya ialah anda
menjadikan “nipple shield”
sebagai pengganti
puting anda yang tenggelam. Untuk mengelakkan
bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple
shield, anda perlu
mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada
payudara anda
Sumber:
ensaiklopedia petua melayu lama
3 comments:
tips yg bagus untuk ibu2... :)
Good tips..nice sharing..
sangat bagus tips ni bert
Post a Comment