Wednesday, March 4

CARA ATASI MASALAH KAKI KEJANG SEMASA HAMIL



Kebanyakkan ibu2 hamil mesti ada masalah kaki kejang
semasa tidur kan? saya pun penah kene.. perghh sakitt...!
sekarang waktu entry ni ditaip kandungan pun dah masuk
6 bulan... lagi 2 mingggu nak masuk 7 bulan.. dah mula
dah ada tanda2 nak kene kejang kaki sekarang ni....

saya pun carik tips ni nak simpan dalam blog..
boleh rujuk semula dan share sekali untuk anda
kalau tercari2 tips nak atasi masalah kaki kejang...




Pemilihan kasut
Pilih kasut atau sandal yang bersesuaian.. ada jugak saya 
tengok ibu mengandung pakai high heel.. eeee.. 
tak sakit pinggang ke kak?? tak bahaya ke kak? 
tanya saya dalam hati hehe.. Dalam pada itu, gunakan juga
 stokin yang boleh bantu anda daripada mengalami kekejangan.

Senaman regangan
Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh 
buat dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil
 menolak tumit jauh daripada badan. bagus senaman ni!

Banyakkan pergerakan
Elakkan anda berdiri untuk tempoh masa yang agak lama.
Bila duduk, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

Suplemen kalsium
Ha ni yang paling penting!!! Amalkan pengambilan suplemen
kalsium setiap hari. Sebaiknya makan sebelum waktu tidur.

Tinggikan kaki
Alas kaki dengan bantal waktu anda tidur. Jadi anda 
dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.

ok.. selamat mencuba.. moga2 kaki anda tak lagi
meregang di tengah malam.. kalau tak alamatnya
berguling-guling la atas katil menahan sakit..!



1 comment:

shamyheart said...

singgah sini, baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...