Saya suka baca petua tahan lama ni..
dapat dari grup wasap.. leh share kat sini..
Kat bawah nie ada petua untuk ‘tahan lama’
moh nengok, baca dan pahamkan betul2..
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2014 dan
sebelah lagi pada 1 January 2015.
Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang
ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayarle zakat utk barang kemas tu
atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu
banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang
atau kena curi, padan muka korang, ha haa…
PAKAIAN.
Nak tahan lama jangan rendam dalam serbuk
pencuci lama sangat elak guna washing machine.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj.
tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi habuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillallah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah…
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir
semua masalah dan jangan merokok!!!
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak
ada banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah……!!!!,
letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang
dilarang…sendiri mau ingat
hahaaa….
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!
SELAMAT BERTAHAN LAMA
No comments:
Post a Comment