Bukan Blog Kamu: Tips Memandu Ketika Mengandung

Sunday, April 7

Tips Memandu Ketika Mengandung



Bagi ibu hamil yang bekerjaya, anda pasti tidak boleh elak dari
memandu ke tempat kerja meskipun hamil. Jadi, ramai yang
tertanya-tanya, boleh ke saya memandu ketika hamil?
Bahaya tak? Ada kesan kat kepada baby?

Kehamilan bukanlah suatu penyakit. Wanita mengandung
pun boleh memandu dan melakukan apa sahaja
dengan wajar dan baik jika tahu cara yang betul. 

Anda boleh meneruskan rutin harian anda itu asalkan
stereng tidak menekan perut. Tidak menjadi masalah
bagi bakal ibu memandu asalkan keadaan mereka baik.
Berikut adalah tip agar ibu dan calon buah hati dalam
kandungan sentiasa selesa dan selamat ketika memandu. 

1. Kenderaan biarlah selesa tanpa kesan goncangan
kerana kesan goncangan kenderaan boleh meletihkan ibu.
Pastikan penyaman udara berfungsi dengan baik agar
pemanduan sentiasa dalam keadaan nyaman dan selesa.

2. Posisi tempat duduk harus selesa, sekitar 30 darjah ke
belakang supaya perut tidak terganggu dan tangan tidak
sukar memegang stereng. Perhatikan posisi kaki tidak tergantung.

3. Pilih tali pinggang keledar yang mudah laras, iaitu yang
membolehkan ia mengikuti gerak tubuh (elastik)
namun bila kejutan, ia mampu menyentak ke belakang.

4. Pasang tali pinggang keledar melewati peha sampai
tulang pinggul, tepat di bawah kandungan. Bahagian tersebut
mesti ketat, namun pastikan agar janin tidak tertekan.
Pastikan bahagian tali yang satu lagi melewati tengah dada.

5. Jika takut perut terkena stereng,
letakkan bantal kecil antara perut dan stereng.

6. Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat
mengenai hospital yang terdapat sepanjang perjalanan
yang bakal ditempuhi. Maklumat tersebut sangat membantu
bila rahim mengalami kontraksi dan bersalin di luar jangkaan.

7. Sebaik-baiknya tidak memandu seorang diri.

8. Bila usia kandungan mencapai 8 bulan, anda tidak
sepatutnya memandu lagi. Dapatkan nasihat doktor
jika mengalami sebarang ketidakselesaan yang menggusarkan.






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

3 2 ORANG KATA:

Cik Nur™ said...

rasanya kereta bergear auto sesuai untuk ibu2 yg mengandung...

Kesuma Angsana said...

tq share this yer bert

Kakzakie said...

Terkenang dulu pregnant anak sulung kakak masih berkereta kancil (kereta dari masa anak dara lagi)masuk kandungan 5 bulan abang tukar kereta sebab kakak rasa bila ada lori lalu sebelah terasa goyang (sebab kakak hari-hari lalu highway pergi-baik kerja).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...