Wednesday, March 7

20 perkara berubah selepas anda ada anak!!



alahai... saya sangat suka artikel ini...
saya ingin semadikan artikel ini disini juga
buat tatapan ibu bapa, pentunang, pengantin baru,
ibu mengandung serta yang bakal jadi bapa...

senang nanti bila saya juga dah bersalin...
saya juga mesti rasakan perubahan yang akan berlaku
sepertimana artikel ini dipamirkan disini....

yang dah pernah alami.. ape kata anda?
mesti rasakan sama apa yang dikatakan ye?

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita

ketika kita sedang mengandungkan anak pertama.

“Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...

Betul kan?


Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah

dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang,

tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.

Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak

kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.



1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.


2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita

walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!


3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan

jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!


4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa

kita sendiri dengan cara yang baru.


5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa

lebih teruk berbanding kita yang sakit..


6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat


7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati

apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.


8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam

cermin berbanding melihat diri kita sendiri.


9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita

akan Happy bila anak kita poo-poo!


10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita,

walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.


12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat

bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.


14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi

bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.


15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak

mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.


16- Kita akan menghargai masa mandi kita

walaupun ianya dalam masa yang singkat!


17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan

jiran sebelah selepas mempunyai anak!


18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita

anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.


19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak

kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**


SUMBER


3 comments:

Saya Disini said...

BESTNYE JDI IBU

abghani said...

bila dpt anak aku stop smoking.

Unknown said...

nk pinjam sahak utk seminggu...hohoohho...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...