Sunday, September 29

TEKNIK KURANGKAN SAKIT KETIKA BERSALIN







Terdapat 2 teknik kurangkan sakit ketika bersalin iaitu
 tanpa bantuan ubat & mengunakan ubat..
Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku 
menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, 
terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan.



TANPA BANTUAN UBAT



1 ) Berkedudukan Tegak
Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran.
 Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.



2) Duduk Ke Hadapan
Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan 
menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada
 lengan yang disilangkan.



3) Melutut Ke Hadapan
Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas 
himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.



4) Posisi Merangkak
Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda
 ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.



5) Meniup
Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum
 terbuka sepenuhnya. Sebut huf...huf...huf... seperti meniup untuk
 mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, 
rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas. 



4 comments:

Unknown said...

huhu...cenggane la rasanye..takut pon ada..teringin pon ade..

MySaRaH said...

Assalamualaikum,

Tips yang berguna ni.. saya skang dah 32 weeks.. mohon share boleh? thanks :)

BERT said...

boleh:)

Miss N™ said...

nice sharing.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...