16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri
dan 4 lagi adalah untuk si suami. Semoga bermanfaat ya..
Nak share pengalaman sikit macammana boleh
berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.
Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga
sebab dia yang akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai
back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping.
No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak jika tak
pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime
housewife sesungguhnya lagi memenatkan.
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah,
24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.
11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik
dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan
kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Abaikan!
12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang
nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy,
Upin Ipin dengan Pororo je. Hehe..
Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah.
Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel.
2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala
bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam
sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari
Allah. Bukan dari manusia.
4. Sentiasa support isteri dan masih
menolong buat kerja rumah.
InsyaAllah, semuanya akan berjalan
dengan lancar. Pastikan niat betul.
Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat.
Tak lagi sakit. Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah
lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital. Anak pun
makin happy. Kita pun happy dapat tengok anak membesar
depan mata. Rezeki, alhamdullillah tak pernah
putus lagi. Suami faham, keluarga faham.
Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok,
buat solat hajat, solat istikarah, minta panduan.
Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit.
Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.
Sekian.
Sumber : my-media-hub
**Pengalaman sendiri bila dah berhenti kerja dan
jadi suri rumah.... memang best laaaa!!! hehe..
betul kata si pencerita bagitahu... bila buat kira2
macam tak cukup je gaji sebulan suami..
tapi ntah la.. sebelum saya buat bisnes online
ada je rezeki.. rasa macam tak cukup..
tapi memang cukup.. tak mewah mana
pun tapi cukup.. nak lebih selesa buatlah
bisnes online.. kadang2 pendapatan jadi suri rumah ni
lagi banyak dari suami.. boleh bantu mana yang
terbaik untuk diri, suami dan keluarga kan..
yang best jaga anak sendiri.. susah senang sama2..
tapi dalam masa yang sama, saya tabik spring toing2
pada ibu bekerjaya yang pandai uruskan semuanya..
multitasking!! pagi2 pergi kerja.. balik kerja uruskan
rumah, anak dan suami.. kuat dan bertenaga selalu..
saya tak hebat dan tak berbakat macam tu maka saya pilih
satu sahaja.. suri rumah berbisnes online sudah hihi**
2 comments:
atiah akak dah lama mengidam nak berenti keje... entah bila taun le impian tu nak menjadi kenyataan....
a very gd tips, tq berkongsi sama yer bert
Post a Comment