Bukan Blog Kamu: CARA TERBAIK PISAHKAN ANAK TIDUR DARI IBU BAPA

Saturday, March 21

CARA TERBAIK PISAHKAN ANAK TIDUR DARI IBU BAPA



Anak sulung baru 2 tahun lebih.. nanti keluar adik baru..
sikit masa lagi kene ajar anak asing tempat tidur..
tergoogle-google akhirnya jumpa tips ni.. nak share kat
sini nanti senang nak rujuk balik... boleh kan? hehe...


Kalau anda pun tercari-cari cara nak pisahkan anak dari
tempat tidur boleh la cuba tips ni.. mana tau menjadik...

1. SEDIAKAN BILIK TIDUR
Sediakan bilik tidur yang selesa dan cantik serta sesuai
dengan kesukaan anak anda.. tak perlu perabot yang mewah
melainkan kalau mampu.. cukup sekadar bersih, kemas,
selesa dan dihiasi sesuai dengan usia kanak-kanak..

2. BERI MASA DAN TERANGKAN KENAPA
Bagi mereka masa untuk sedia mental dan fizikal
Terangkan yang mereka sudah besar dan perlu tidur 
sendiri dan berikan sedikit kata semangat seperti
contoh budak berani budak yang bijak..

3. TIDUR SIANG SENDIRI
Anda boleh mulakan tidur sendiri di biliknya pada 
waktu siang dahulu.. bacakan buku cerita sekerap
yang boleh sampailah mereka dapat biasakan diri..

4. AJAK ANAK HIAS BILIK
Ajak mereka menghias bilik mereka mengikut citarasa
mereka sendiri.. kalau mereka suka kan kartun frozen
contohnya, hiasalah bilik tu penuh dengan kartun frozen..
pasti mereka suka dan teruja dengan bilik sendiri

5. RUANG YANG SESUAI
Buat sedikit ruang untuk mereka bermain, ruang yang 
tidak begitu sarat dan jangan ada bahan mudah pecah

6. KATIL 2 TINGKAT
Jika anda ada lebih dari seorang anak dan sama jantina,
katil 2 tingkat pilihan yang sesuai bagi bilik yang agak sempit
dan pastikan ada penghadang di tingkat atas sebagai keselamatan

7. KEKALKAN RUTIN
Bila dah ubah tempat tidur kekalkan rutin waktu tidurnya
dan biasakan anak anda buang air kecil sebelum tidur

8. TEGAS DALAM MELAYANI KERENAH
Awalnya anda boleh melayani anak anda seperti biasa
seperti bermain bersama, membaca buku, pergi tandas
dan sebagainya sampai masa yang dihadkan..

9. BERIKAN PENEMAN
Peneman di kala tidur contohnya sebuah patung besar
yang boleh buat anak anda berasa ada 'peneman'
apabila mereka tidur.. seswai untuk perempuan kan? hehe

10. LAMPU TIDUR
Ada kanak2 yang takutkan kegelapan, maka boleh la
dibelikan lampu tidur yang mereka pilih dan suka..

11. LATIH BERKEMAS
Jangan manjakan anak anda.. latih mereka berkemas
bilik mereka sendiri, biarpun tak cantik
tapi practice make perfect.. lama2 boleh pandai..

12. BERSABAR
Memang agak susah pada mulanya nak asingkan
tempat tidur.. sabar dan terus ajar anak anda
tidur sendiri.. kaji kenapa anak anda takut tidur sendiri
dan cari penyelesaiannya yang terbaik..

13. BACA DOA
Amalkan membaca doa dan surah2 penting sebelum tidur
Latih mereka membacanya sebelum tidur agar mereka
tidak diganggu dengan gangguan syaitan dan dilindungi Allah

14. HADIAH
Berikan mereka hadiah sebagai ganjaran jika
mereka boleh tidur dengan sendiri sebagai galakkan

ok tu saje tips yang dapat dikongsi
moga bermanfaat untuk anda..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

0 2 ORANG KATA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...