Bukan Blog Kamu: April 2015

Thursday, April 30

Happy Anniversary Bert Amey 2015



sama je ucapan tetiap tahun? takde yang berubah pun?
dah tu nak cakap apa ye? selamat ulangtahun perkahwinan kah?
kemain panjang... skemarudin betoi.. penat taip lah!! herherher



harini 30 April tarikh dinikahkan.. tahunnya bukan tahun gajah
tapi tahun 2011 dolu2 la... cari la sendiri dah berapa tahun..

soalan cepugangsa... mana kenal amey.. sorang utara
sorang selatan.. acapkali dapat soalan ni jawapannya
masih sama.. sebab ia menjadi sejarah manisss...

"dulu la sama2 belajar kat uitm tahun 2002.. jumpa
kat situ la.. lain kos tapi sama fakulti.. potensi bertembung
banyak kali tu kuat.. sama bangunan lain kelas...
pernah sekelas sekejap... tapi tak perasan plak mamat neh..
bila dah tak sekelas, terjumpa pulak di kaki lima kelas..
dingoratnye teman.. teman gatai teman layan la hahaha..
asyik bertembung di mana2.. akhirnya berkawan..
potpetpotpetpotpet blablablabla... panjang ceritanya
akhirnya terkuatnya jodoh tahun 2011 maka kawinlah.."

anak sulung  dah 2 tahun lebih... sikit lagi anak nombor
dua akan muncul.. insyallah bulan 6 ni nanti...

okeh.. buat kakanda.. ailapyu sampai bila2..
makaseh atas semua2nya.. dah tetua ni nak
bagi ucapan momentik2 dalam blog pulak tu
rasa cam tak senegheh je... sambung kat umah
jela yeh hihihi... ok tata... mari berenibeseri-seri...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, April 29

RAWATAN BUANG BULU HALUS DI MUKA




Anda ada wajah yang berbulu? kalau lelaki mungkin la
tak berapa kisah sangat... tapi kalau perempuan memang
akan sedikit kisah jika muka mereka nampak berbulu...
memang berbulu la tengok2 bulu2 di muka ni... hehe...


biasanya yang berkulit cerah memang nampak 
kalau muka mereka mempunyai bulu2 halus...
soalan ni pun saya pernah dapat.. tanya cemana
nak buang halus kat muka.. nak guna rawatan apa...

ya semestinya gunakan rawatan laser la..
di mana? Klinik Dr Norman Batu Berendam..
tak perlu cukur2 macam dalam gambar tu kan...
makin dicukur nanti makin tebal dan berbulu lebat nanti..
ape pulak rupa perempuan tapi berbulu lebat.. tak ke pelik?

jadi sesapa ada masalah muka berbulu dan minat nak buang
boleh cari dan tanya saya okeh.. nanti boleh sembang panjang..
pasal kos rawatan ke.. nak buat temujanji ke.. ape2 je nak tanya
boleh whatsapp 0168880684 Atiah (jangan call ya)


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 24

CHEMICAL PEEL : RAWATAN JERAGAT, JERAWAT DAN KULIT KUSAM





Salah satu kaedah rawatan untuk masalah jeragat, jerawat
dan kulit kusam ialah dengan menggunakan rawatan
chemical peel... atau kata lainnya rawatan professional peel..



Rawatan ni mesti dibuat lebih dari sekali, sekurang-kurangnya
3-5 kali untuk mendapatkan kesan yang optimum..
rawatan ini adalah alternatif kepada rawatan laser yang jauh 
lebih murah sedikit berbanding rawatan laser.. ia adalah satu 
kaedah rawatan yang menggunakan cecair khas..



Ada sesiapa berminat nak buat rawatan ni?
anda boleh dapatkan perkhidmatan di Klinik 
Dr Norman di Batu Berendam Melaka.. maaf ya
rawatan aesthetic hanya di klinik ini sahaja...
takde di tempat lain.. ramai yang tanya cawangan2
di negeri lain.. jawapan yang sama saya bagi..

takde cik, tuan, puan... sebarang pertanyaan boleh
whatsapp sahaja 0168880684 Atiah.. *jangan call
dan lagi sekali.. saya bukan doktor.. jangan panggil
saya doktor ya hehe... boleh tanya mengenai rawatan
bajet rawatan, temujanji dan sebagainya...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

10 CARA SELESAIKAN HUTANG




Pagi2 mesti bukak email.. tengok apa2 info biz terkini..
harini dapat tips 10 cara bebas hutang.. perkongsian
yang menarik.. zaman sekarang yang tak dapat nak lari
dari berhutang kan...?? dari zaman belajar dan belum mula
kerja dah berhutang dengan PTPTN.. lepas dah mula kerja?
segala macam hutang akan dikaut.. kereta.. rumah..
kredit kad.. personal loan dan sebagainya...

Lainlah kalau dari baby dah tido atas duit.. semuanya 
dibayar cash.. takde hutang2.. seronok la gitu ye tak..
bagi yang kene berhutang ni.. alkisahnya mesti pening
nak bayar setiap bulan segala hutang yang ada....
jom baca ni.. mana tau anda boleh aplikasikan....


1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang 
sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. 
Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000



7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar 
hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk 
habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali 
hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar
 hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, 
dan simpan untuk membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba
 berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui 
jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar
 hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar 
RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). 
Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan
 bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar 
RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) 
selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak 
maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. 
Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa
 beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula
 hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya 
bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Anda gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan 
jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa 
menanggung semua beban hutang anda nanti.


SELAMAT MENCOBA....

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, April 20

5 TIPS MEMILIH NAMA PERNIAGAAN (SSM)




Dunia perniagaan makin lama makin meningkat..
tambahan pula dengan bisnes internet.. walaupun bisnes
dari rumah atau sampingan adalah yang terbaik perlu
mendaftarkan nama di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)..
banyak kelebihannya bila ada syarikat yang berdaftar ni..

Jika anda perlu mendaftarkan syarikat perniagaan anda,
anda boleh ikut tips di bawah agar tiada kesilapan
dalam memilih nama perniagaan.. dah pilih nama tak 
boleh tukar dah.. sebab tu tips ni penting... 

Memilih nama perniagaan merupakan diantara perkara pertama 
yang perlu dilaksanakan dengan baik oleh setiap usahawan.

Ada apa dengan nama??

Banyak yang ada dengan nama. Nama perniagaan merupakan 
simbol pertama selain logo terhadap sesuatu usaha perniagaan. 
Ianya menjadi suatu impressi awal ‘first impression’ kepada para
 pelanggan terutama berkaitan imej yang dibawa oleh perniagaan
 kita. Nama juga boleh memberi gambaran awal terhadap servis 
dan produk yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.

Memilih nama yang sesuai terkadang boleh menyebabkan kita 
pening kepala. Namun berdasarkan pengalaman mengendalikan
 pendaftaran perniagaan dan penubuhan syarikat, saya senaraikan 
beberapa 5 tips yang boleh menjadi panduan kepada para 
usahawan diluar sana untuk memilih nama perniagaan.

TIPS 1: 
Pilih nama-nama yang unik menggunakan perkataan yang jarang 
diguna dalam kehidupan harian. Elakkan dari menggunakan
 nama yang biasa seperti Maju Cemerlang, Hebat Gagah dan lain-lain.

Sebaliknya cuba gunakan perkataan yang agak unik seperti
 HARDA Engineering & Consultancy (gabungan nama 
Harun + Darus), Tanjung Armada, Avanzado Brillante 
(Maju Cemerlang dalam bahasa spanyol) dan lain-lain.

TIPS 2: 
Selidik disebalik nama perniagaan anda kerana ianya 
akan mewujudkan nilai sentimental dan boleh menyuntik 
motivasi untuk membangunkan perniagaan sehingga berjaya.

TIPS 3: 
Pilih nama-nama yang tidak mengandungi perkataan yang 
digazetkan oleh kerajaan melalui Warta Kerajaan Bil. 
716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta (Pindaan) bertarikh
 11 Oktober 2001 dan Garis Panduan Menamakan Syarikat.

TIPS 4: 
Gunakan hanya 2-3 perkataan sahaja seperti Mahjuma Trading, 
Pelaburan Kencang, Pemasaran Megah Unggul, Gold Marketing
 & Resources dan banyak contoh lain lagi. Elakkan dari memilih
 nama yang panjang kerana ianya bakal menyusahkan pelanggan
 yang menyebut dan meletihkan tangan untuk menulis buku cek.

TIPS 5: 
Jangan campurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
 sebagai contoh Maju Marketing kerana SSM tidak 
akan meluluskan nama campuran tersebut.

Jangan lupa untuk mencadangkan sekurang-kurangnya 3 nama 
perniagaan sebelum anda ke SSM (bagi perniagaan Enterprise) 
dan syarikat setiausaha (bagi syarikat) untuk menubuhkan 
perniagaan. Pada setakat 16 September 2012 sahaja tidak 
kurang dari 1,017,000 syarikat telah ditubuhkan di SSM. 
Oleh itu, penyediaan cadangan nama lain akan memudahkan
 pencarian nama sekiranya ada nama anda ditolak oleh SSM.

Ingat !!

Nama perniagaan yang didaftarkan di SSM bahagian 
Pendaftar Perniagaan (ROB) dan Pendaftar Syarikat (ROC)
 adalah berbeza dan tiada kaitan sama sekali. Nama yang anda 
daftar di ROB tidak ada kaitan dengan ROC. Dalam erti 
kata mudah, jika anda mempunyai perniagaan menggunakan 
nama Teknologi Maju Enterprise yang telah berdaftar 
dengan ROB dan suatu masa anda ingin menaik taraf ke
 syarikat sdn bhd, tidak semestinya nama Teknologi Maju 
tadi akan diluluskan oleh SSM kerana kelulusan nama 
syarikat bergantung kepada kelulusan ROC.

Saya harap tips-tips diatas dapat membantu anda membuat
pilihan nama perniagaan baru anda. Selamat mencuba !


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 17

MH HOTEL : MAKAN DI HOTEL TETAPI BAYAR MACAM DI WARUNG



Mungkin yang pertama di Malaysia? ke atau dah ada
dah konsep macam ni sebelum ni saya tak tau??


Nak cerita pengalaman pertama diajak cik laki semalam..
pertama kali jumpa hotel yang biasanya makanan khas
untuk pengunjung hotel atau pun yang ada reservation..
tapi di sini unik.. nak makan hotel boleh.. tapi bayar 
macam di kedai makan biasa.. bayar ikut ape yang di makan..


ha tengok bunting tu.. tagline dia yang unik...
MAKAN DI HOTEL BAYAR MACAM DI WARUNG..



suasana cafe yang sejuk dan selesa dengan ruang yang menarik..
masa saya pergi semalam dah petang... so tak ramai orang sangat..



sementara menunggu makanan yang diorder siap..



ok tisu dan sudu sampai dulu haha..
kat sinilah.. nama nya warisan coffee house..
dalam hotel MH hotel sentral di sungai siput
ipoh perak.. agak jauh gak dari rumah..
tapi sebab nak merasa dan menerai. sampai jugak..

kalau dah petang ada sajian goreng2 aje..
kalau menu buffet sila datang tengahari.. macam2 ada..
cik laki saya datang dah aritu dengan kawan dia
makan tengahari.. dia dah try katanya sedap ajak
pulak bini dia ni pegi try.. tapi tak sempat la nak datang
tengahari.. kene tunggu hari2 cuti boleh datang tengahari..


kalau dah goreng2 je ada.. saya order ni je...
nasi goreng cina.. ok dah rasa memang sedapppp!!
kene la dengan tekak yang cerewet ni hehe..



cik laki order nasi goreng ayam je..
pun sedap jugak.. ayam tu dibakar bukan digoreng..
lain la sikit rasa ayamnya.. memang sedapp

ni untuk si anak bujang hero.. nasi putih dan sup ayam je senang..
habeh dia makan.. sedap la tu.. sup dia saya rasa.. nyummy!!



oleh sebab tengah hujan.. cik laki order air panas milo je..
cik nopal yang suka kan air putih semata2.. tak suka manis2..
dan mak buyung suka air fresh orange di kala mengandung..


ok dah jum balik... jenuh cik laki ngejar anak bujangnya
yang kuat lari ke sana ke mari tak mau duduk diam...

ok.. kisah makan dah selesai.. semalam order tak 
tengok menu.. maka tak tau apa ada lagi menu yang ada..
berapa plak bajetnya...?? sama je macam makan kat kedai..
air 3.. milo panas, milo ais, fresh orange.. nasi goreng cina
nasi goreng ayam, sup ayam dan nasi putih... total semuanya
cuma RM22.00 sahaja.. standard harga dan sama macam 
kat luar walaupun makan dalam hotel haha.. best kan!!

betula la apa macam tagline cafe tu.. bayar je apa yang
di makan.. sama jugak macam makan tengahari...
cafe baru barangkali.. dan yang penting orang melayu
kita punya restoran tu.. support sikit la hehe..

so nak makan rasa selesa sikit pegila try MH hotel ni..
sebelah lobby ada cafe kat situ.. makan je ape yang
ada dijual kat situ.. harga sama macam makan kat luar..
yang penting sedap dan harga pun patut2 je.. hehe..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, April 16

ANDA MENCARI RAWATAN FACIAL REJUVENATION YANG TERBAIK??




Bagi yang sudah biasa dengan term facial rejuvenation
maka mereka tidak ada masalah dalam pemahaman
rawatan tersebut kan? yang dah biasa buat takde masalah..
yang teringin nak buat pun takde masalah.. sediakan aje
modalnya hehe... rawatan ni biasanya melibatkan kos
4 angka.. anda ada duit? anda mampu mengubahnya..


Facial Rejuvenation ni ialah rawatan untuk meremajakan
kulit.. untuk mendapatkan kulit yang muda, kencang, halus,
gebu dan bebas kedutan pastinya memerlukan belanja yang
besar untuk merawatnya.. Sebab itu rawatan laser ialah salah 
satu teknologi rawatan yang boleh mengatasi masalah ini...
Segala masalah yang berkaitan dengan penuaan dapat 
dirawat dengan terapi laser.. harap dapat menjawab soalan
kepada yang bertanya kenapa rawatan ni agak mahal...

KELEBIHAN RAWATAN FACIAL REJUVENATION

1. MELAWAN BAKTERIA
Rawatan laser ini dapat menghapuskan dan mencegah 
bakteria jahat yang menyebabkan masalah kulit berjerawat.

2. MENGURANGKAN MINYAK BERLEBIHAN
Penyebab utama jerawat ialah minyak berlebihan.. maka
rawatan laser ni mampu mengawal sebum di kulit,
menghalang minyak berlebihan dan mencegah 
kembalinya jerawat tumbuh di wajah anda...

3. TAK SAKIT
Rawatan ni tak sakit.. dan tidak menimbulkan
kemerahan pun pada kulit selepas mendapat rawatan..

4. MEREMAJAKAN KULIT
Bagi yang sudah berusia 35 tahun ke atas biasanya akan
mengalami masalah kedutan di wajah, maka rawatan ni
mampu meremajakan kulit anda semula seperti usia anda
belasan tahun! cantik tanpa sebarang cela di wajah...

5. CEPAT DAN TANGKAS
Tak dinafikan banyak produk2 di pasaran jauh lebih murah
kosnya untuk meremajakan dan mencantikkan kulit...
tetapi berapa set kah yang anda perlukan untuk merawatnya?
berapa modalkah anda perlu untuk belanjakannya?
berapa tempoh waktu anda perlukan untuk mendapatkan
hasilnya? bagi yang suka rawatan yang pantas, selamat
dan cepat berkesan.. rawatan laserlah mampu membuatkan 
anda tampil lebih cantik selepas mendapatkan rawatannya
hanya dengan 10-15 minit...!! tahan lama berbanding
menggunakan produk yang perlu dibeli setiap kali habis...

JENIS RAWATAN
1. CO2 LASER
2. CO2 LASER + PRP
3. PRP ONLY
4. DERMALIFT TREATMENT

Kat mana nak dapatkan rawatan ni? jika anda memang
mencari dan membuat survey tentang rawatan ni apa 
kata anda cuba di Klinik Dr Norman, klinik khas
untuk rawatan aesthetic and anti aging di Batu Berendam.. 
Dari feedback yang diterima, rawatan laser di sini jauh 
lebih murah di pasaran dan servicenya mantop...

Untuk pertanyaan lanjut mengenai rawatan atau bajet ke
anda boleh whatsapp pertanyaan anda kepada saya...
Atiah 0168880684.. jangan call ya.. wasap sahaja..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, April 13

RAWATAN BUANG KELOID ATAU PARUT TERMURAH DI PASARAN HANYA DI SINI..




Setiap hari, setiap jam, setiap pagi petang siang malam
mesti saya dapat sms atau wasap berkenaan dengan rawatan..
yang kelakar ada yang panggil saya doktor pulak hehe...
tapi saya bagitau siap2.. oh ya maaf saya bukan doktor..
saya hanya seorang marketer semata-mata.. yang 
doktor tu abang saya aje.. saya bukan doktor ya hehe

Kebanyakkan soalan yang ditanya berkenaan rawatan
laser untuk tattoo, parut jerawat, jeragat, kutil, tahi lalat
dan banyak lagi... salah satu soalan yang pernah ditanya
nak buat rawatan buang keloid.. mula2 pelik jugak
sebab tak pernah dengar.. hihi.. tapi bila disoal siasat
saya dah tau apa tu keloid.. dan nak share kat sini
mana la tau kot2 ada sesapa masalah yang sama....

pinjam gambar dari google..
yang ni keloid paling cantik saya ambik..
yang lain agak ngeri dan geli hihihihi



Apa Itu Keloid?
Keloid ni macam parut luka jugak.. ia adalah benjolan
isi lebih yang terbentuk daripada parut luka... biasanya
warna keloid ni gelap sikit dari kulit asal dan berkilat..
kadang2 ada rasa gatal dan pedih terutamanya waktu
berpeluh di bahagian berlipat contohnya di kawasan perut
akibat luka bersalin..  Tak semestinya dari luka bersalin... 
ada yang dapat keloid ni puncanya dari kemalangan,
 tattoo, bertindik, ataupun daripada jangkitan..

Rawatan Buang Keloid
Ada 2 cara untuk merawat keloid satunya kaedah injection
dan satu lagi semestinya daripada rawatan laser... kalau
injection ni murah sikit la kosnya dari rawatan laser..

Jadi, jika anda ada masalah nak buang keloid atau parut ni
anda boleh carik saya untuk bincang mengenai rawatan
dan bajetnya.. yang penting termurah di pasaran hehe..
tak caya? tanya saya jugak.. testimoni dari pesakit/pelanggan
rawatan laser semua kata rawatan di Klinik Dr Norman
memang murah.. nak tau murah ke tak whatsapp saya
for more info 0168880684 Atiah... jangan call ya

oh ya.. rawatan laser ni hanya dibuat di Klinik Dr Norman
Batu Berendam Melaka sahaja... cawangan lain di Sg Udang
atau Negeri Sembilan takde rawatan laser ni ya....





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, April 12

RAHSIA JANA DUIT MELALUI YOUTUBE





Jangankan Facebook.. Instagram.. daripada Youtube pun
boleh buat duit.. memang ramai yang dah tau kan tapi
tak tau cemana nak buat sebab takde tunjuk ajar...


saya nak kongsikan satu panduan buat duit guna youtube..
dah lama saya cari panduan ni akhirnya ada yang sudi
dedahkan rahsia ni.. yeay.. apa lagi cepatlah grab!!!

Dalam eBook ini, sifu ni akan dedahkan semua teknik dan ilmunya 
dalam menjana pendapatan dari Youtube. Antaranya adalah…

1) 7 sebab YouTube marketing mempunyai 
potensi yang masih luas di Malaysia.

2) 6 Jenis video youtube yang akan ‘memukau’ penonton!

3) Teknik dan cara menentukan keyword pasti sukses

4) Format rahsia berkesan yang akan menjadikan video 
anda setanding Majalah 3 walaupun cuma dibuat di rumah!

5) Kaedah optimization untuk menonjolkan video anda – 
penonton tiada pilihan kecuali ‘terpaksa’ menonton video anda!

6) 5 teknik menarik trafik dan penonton ke video anda!

7) Teknik menjana pendapatan
‘melimpah ruah’ dari trafik Youtube anda.

8) 1 Pantang terbesar yang ramai YouTube marketer 
TER-buat! Jangan sampai tertipu!

9) Berpuluh-puluh tips praktikal dan
 membina dari pengalaman beliau!

5 SEBAB ANDA PERLU DAPATKAN 
RAHSIA DUIT YOUTUBE

1) Anda suka duit masuk ke akaun 
anda setiap bulan, setiap minggu.

2) Anda akan dapat mempelajari kaedah buat duit 
dari internet yang masih ‘fresh’ di Malaysia.

3) Peluang di Youtube LUAS TERBENTANG!

4) Anda sudah penat dan jelak dibelenggu
 masalah kewangan setiap bulan

5) Anda berhak mendapatkan kehidupan yang 
lebih selesa dari yang anda lalui sekarang.

6) Buat video, buat channel, set-up & 
biarkan. Tak susah mana pun!

Selaind daripada panduan di atas.. sifu ni jugak
ada berikan extra tips atau bonus la orang kata..

1) Panduan Mencari Produk Affiliate
eBook ini berkongsi cara mendaftar dan mendapatkan link
 affiliate produk untuk digunakan dalam video youtube kita. 
eBook sampingan wajib baca untuk Youtube Marketers di Malaysia!

2) 5 Tips Kejayaan Youtube Marketing
Beliau telah meringkaskan semua pengalaman menjana
 pendapatan dari Youtube kepada 5 tips utama yang
 sentiasa dipatuhi. Anda pun disarankan untuk mengetahui, 
dan mengamalkannya! cuba dan praktikkan!!

 anda boleh dapatkan semua panduan ni DISINI



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, April 11

12 PANDUAN BERJAYA BERSALIN NORMAL




Anak sulung saya lahirkan secara pembedahan...
akibat kelemasan maka emergency czer perlu dibuat..
memang cepat le.. bius sekejap.. 5 minit lepas tu baby dah 
bawak keluar.. menjerit kesakitan la bila bius tak jalan
lagi perut dah kene layat.. tak sesaba sangat doktor tu
nak nyembelih perut tu haha.. padahal dah nonggok 
lama kat labour room tu doktor nyembang2 ape ntah..

harapan mengandung yang kedua ni nak try normal...
tapi boleh ke? tunggu keputusan pakar bulan depan 
apa katanya.. kalau boleh normal cuba normal.. kalau
tak boleh keluar ikut tingkap lagi la nampaknya.. hmm..
cari tips bersalin normal... yeah ada jumpa nak share sini..



TIPS BERJAYA BERSALIN NORMAL

1. Kelahiran Cesarean Yang Rendah
~ Anda boleh cari hospital yang mempunyai kadar kelahiran
czer yang rendah.. tanya sesape yang berkenaan, doktor,
rakan, staff hospital yang tahu tentang kelahiran ini...

2. Tanya Doktor
~ Tanya pendapat doktor anda tentang kelahiran normal ni..
anda lihat kecenderungan beliau bersalin ke arah normal atau czer.
Bincang tentang plan kelahiran anda dan tegaskan pendirian anda
untuk bersalin secara normal jika tiada apa masalah pada anda..

3. Pantau Kenaikan Berat Badan
~ Kurangkan pengambilan karbohidrat dan cek kenaikan
badan anda ketika hamil.. kenaikan berat badan yang 
keterlaluan dikaitkan dengan bayi obes dan meningkatkan
risiko untuk bersalin secara pembedahan...

4. Tingkatkan Ilmu
~ Cari bahan bacaan atau hadir ke kelas antenatal
supaya anda lebih memahami prosen kelahiran normal..
Belajar tentang teknik bernafas dan cara mengurangkan
 sakit dan petua memudahkan ketika bersalin...

5. Bayi Songsang
~ Jika bayi anda songsang, anda ada pilihan 
untuk pusingkan kedudukan bayi melalui kaedah
ECV (external cephalic version)

6. Intervensi Medikal
~ Elakkan daripada intervensi medikal seperti induction
of labour (IOL) tanpa sebab-sebab yang nyata...

7. Sakit Nak Bersalin
~ Bila kesakitan mula menjelma (contraction) jangan
tergesa-gesa ke hospital.. tunggu di rumah selama
yang boleh sehinga kesakitan lagi ketara...

8. Epidural
~ Elakkan dari menggunakan epidural.. ia meningkatkan
risiko cardiotocography (CTG) yang tidak normal
dan meninggikan risiko untuk bersalin cesarean...

9. CTG
~ Kurangkan penggunaan CTG secara terus kerana
kajian menunjukkan akan meningkatkan risiko
cesarean sebanyak 30%

10. Gerak Aktif
~ Jangan baring dan duduk di awal proses
bersalin.. banyakkan pergerkan dengan aktif
dan selalulah bertukar posisi

11. Ubat Kontraksi
~ Elakkan daripada menggunakan sebarang
ubat yang menguatkan kontraksi rahim anda..

12. Vacuum / Forceps
~ Cari pilihan untuk kelahiran vacuum atau forceps
jika tiada progress atau keletihan semasa peringkat 2
ketika bersalin (2nd stage of labour)

Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti..
jom baca Petua Mudah Bersalin pulak...
kot2 dapat membantu anda memudahkan bersalin...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 10

Diari Ibu Mengandung : Kisah beliau dan kandungannya saat ini




Sejak akhir-akhir ni ramai pulak yang nak tempah coklat...
bila musim nak masuk cuti sekolah memang ramai la 
yang bertanya...tapi mohon maaf dipinta.. saya terpaksa 
pencenkan semua tempahan coklat.. dari sejak mengandung
bermula dengan alahan.. nak bau coklat pun tak boleh.. 

atas faktor kesihatan maka saya kene berhenti..
ramaiiiiiiiiiiiiiiii nak tempah... semua jawapan sama diberi..
tak buat lagi... tak larat.. cepat penat.. tak sihat...
buat coklat perlukan tenaga yang banyak...perlu berdiri..
membongkok dan berjalan... buat kerja kene cepat dan pantas..
fokus paling utama.. tak boleh ada gangguan... nanti rosak..

pinjam gambar peknen dulu boleh?


tambahan lagi dah sarat mengandung ni memang surrender la..
tak boleh bayang nak buat coklat tengah ngandung ni haha..
alangkan buat kerja2 rutin kat rumah pun dah mengeluh
sakit belakang... semput.. penat.. sakit kaki.. sakit luka lama czer..
ni kan nak buat coklat.. oh tidak.. badan tak kuat nampaknye..

dulu syok woo dapat income coklat.. awal bulan.. tengah bulan..
hujung bulan.. selalu je ada income.. leh buat belanja2...
dah takde income coklat saya buat la benda lain yang senang2
tapi boleh hasilkan income.. seronok pulak rasanye kihkihkih..
lagi senang daripada jual coklat kihkihkih.. rasa nak pencen 
terus je dari buat coklat.. keje senang.. duit senang masyukk..
saje duduk2 rumah carila duit tepi2 kan.. lagi2 dah ada GST
ni.. perghh memang terasa la segala macam jadi mahal...

sakittuhnya disini mengenangkan GST ni... jadi alternatifnya
carilah peluang untuk menjana pendapatan sampingan...
kalau rajin dapatlah.. kalau malas memang ngangalah...
motif taip cerita ni nape ya? hmm lupe plak...

------------------------------------------

ok dah ingat balik... cuma nak bagitau je saya tak amik
tempahan coklat dah ya... takpe penjual coklat ramai kat
Malaysia ni.. boleh tempah dengan mereka... saya dah angkat
bendera putih.. dah tak mampu nak buat.. sampailah habis
berpantang nanti.. lepas pantang tengok apa cerita pulak hehe..

cerita pasal checkup.. disebabkan ada masalah jantung..
asyik kene pegi hospital ajela ikut appoinment yang dibuat..
mujur la rumah dekat banget dengan spital.. tapi tang
beraturnya tu yang tak tahan.. hospital besar... ramai la orang..
minggu lepas checkup jantung.. buat ECHO.. katanya takde
pape.. sikit je.. sama macam dulu.. cuma ada lebihan air
sikit pada jantung.. terkejut acik dengar tau..

rabu lepas pulak pegi lagi buat checkup ANC kat hospital
buat scan.. sembang2 ngan doktor pasal masalah nak beranak
nanti cemana... dapat lagi temujanji untuk jumpa pakar..
haaa masa tu baru tau, pakar tu akan tentukan sama ada 
bersalin normal atau pun kene bedah lagi sekali...
dia akan cek jantung ni boleh ke tak boleh masa bersalin
nanti... cuak pulak dengar dia cakap cenggitu.. hmm

Moga dipermudahkan.. sekarang dah masuk 30minggu...
tak kisah la beranak cemana pun janji selamat
bersalin ye dokk?? berdebar pulak rasa dah masuk 
saat ni.. barang baby pun tak prepare lagi..
kemaruk sangat nak tengok jantina yang tak nampak2
 tu haha.. kalau tak nampak standby yang biasa2 aje ye..

yang penting bersyukurr... sebab kandungan ni tak la
macam yang sulung dulu.. selalu sakit.. sampai masuk2
hospital.. masuk wad pun ada sebab demam panas..
kali ni ok je.. takde la sakit2 kronik.. cuma badan je
tak berapa kuat.. vitamin tambahan memang amik..

tapi tak boleh lawan jugak.. sekejap je kuat nanti 
lembik la balik hehe.. lagi pulak ada masalah HB turun
naik.. makan vitamin cemana pun lambat naik..
tapi masalah tu dah setel bila makan jambu batu..
tak makan vitamin pun takpe.. telan je jambu batu
naik balik HB dengan berjayanya.. tahniah2.. hehe...

berdiri lama pun tak boleh.. kalau berdiri sebab masak
ke.. basuh pinggan ke alamatnye lepas tu tergolekla
atas katil berehat panjang... luka lama czer tu ada rasa
perit2 plak.. perut dah berat.. kaki pun rasa hmm... 
maleh cerita la.. benda biasa bagi ibu mengandung kan..

oh panjangnya bebelan harini.. nilah akibatnya lama
tak update blog.. nak tau pasal ape haha.. modem dah 
kene panah dek kilat oiii bebaru ni.. lupe nak tutup..
cpu pun sama kene kilat.. kene hantar repair dulu
 la nampaknya.. sebaik ada laptop cik laki.. leh la
 pinjam buat kerja2 niaga ni.. hehehe...

okla dah penat.. nak berehat sebentar sebelum sambung
buat kerja2 amali.. sejak niaga ni hari2 pegi pejabat pos..
nasib baik la dekat je.. lepas maghrib je mesti pergi pos..
ada yang nak selit order? meh pm kita.. hihih.. ok tata..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

MOTOR ANTIK : HONDA C70 UNTUK DIJUAL



Nak cari motor? sini ada iklan motor klasik..
meh tengok gambar motor kat bawah ni...





ok motor klasik ni untuk dijual ya tuan-tuan..
masih cantik dan boleh digunakan lagi..
geran motor pun ada.. dun wuri..

JENAMA : HONDA

MODEL  : C70

WARNA : KELABU

TAHUN DIBUAT : 1981

GERAN : YA MASIH WUJUD

LOKASI : KOTA DAMANSARA KL

HARGA JUAL : RM5000 (negotiable)

HARGA LELONG : sms atau whatsapp saya untuk 
harga rundingan sampai jadikk... 0168880684...

cepat sementara masih ada... dah ada pembeli
melepas la anda nak beli motor ni.. carik saya okeh!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, April 3

VIDEO : CARA BUANG TATOO BERWARNA





pinjam gambar google jap...


Hampir setiap hari saya dapat pertanyaan tentang buang tattoo ni..
jika anda ada masalah yang sama ini peluang anda untuk
anda buang tattoo juga.. ada yang dah lama mencari.. ada yang
cuba2 buang sendiri tapi sakit dan berparut huduh.. ada yang
nak bertaubat untuk buang tattoo.. ada yang nak buang terus
sebab convert agama dan macam2 lagi jawapan pada mereka
yang nak buang tattoo.. Alhamdulillah..



ni contoh video buang tattoo jenis yang berwarna...
boleh saksikan bagaimana rawatan laser dapat membuang
tatoo ni.. tapi bukan sekali buat terus hilang ya..
kene ikut sesi rawatan sebulan sekali sehinggalah
kesemua tattoo dibuang dengan selamat, berkesan tanpa
menyakitkan tubuh anda... video ni contoh rawatan sesi
pertama.. orang yang buang tattoo ni sanggup datang dari
Indonesia ke Malaysia semata-mata nak buang tattoo
hasil daripada pendedahan saya dalam blog ni...

kenapa? sebab rawatan yang disediakan antara service harga
yang termurah di pasaran.. biasanya rawatan buang tattoo ni
cecah ribu riban untuk sekali sesi.. tapi di klinik  Dr Norman
Batu Berendam Melaka ni cuma3 angka sahaja..

Jika anda berminat nak buang tattoo juga boleh cari saya
untuk info lanjut.. sms atau whatsapp sahaja ya 0168880684
(Atiah) *jangan call*nanti kita sembang2 dengan lebih lanjut......



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Thursday, April 2

10 IDEA BISNES PALING LAKU SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Ada yang tengah cari idea nak cari duit raya nanti?
Tambahan pulak dah start GST ni kan.. maka
makin ramailah yang mencari bisnes2 yang boleh
membantu dapat duit tambahan terutamanya raya nanti..


Moh nengok apa senarai perniagaan yang boleh dibikin
untuk cari pendapatan sampingan anda.. tak perlu modal
yang besar pun boleh buat bisnes2 ni.. cuba try test...

1. BAJU RAYA
Dah nak raya mestila nak berpakaian hari raya...
maka, pakaian untuk hari raya adalah produk laku
keras dan sangat menguntungkan.. cari je pembekal
pakaian raya dan boleh mula promosi sama ada
anda beli secara borong ataupun menjadi ejen..

2. KUIH RAYA
Ni sudah semestinya.. tak lengkap hari raya tanpa
kuih raya... lagi2 sekarang ni orang suka beli je
dari membuatnya kan... peluang anda untuk jana
pendapatan dari bisnes kuih raya.. cari pembekal kuih raya
sama ada jadi ejen boleh.. dropship pun boleh..
atau kalau rajin buat sendiri dan jual jika ada kepakaran..

3. MAKANAN
Menjual juadah berbuka atau bersahur pun satu peluang
perniagaan.. ramai akan ke bazar ramadhan untuk 
mencari makanan seperti kuih muih, air, lauk pauk
dan sebagainya... dan pastikan jualan makanan anda
bersih, bukan makanan recycle dan menyelerakan...

4. SAMPUL DUIT RAYA
dah tak macam dulu.. sekarang ni macam2 design ada..
boleh cari design2 menarik ni daripada bisnes printing..

5. TUDUNG RAYA
khas untuk wanita... tudung raya satu keperluan penting
untuk mereka melaram di hari lebaran.. so ini peluang
anda boleh jual di bazar ataupun secara online..

6. AKSESORI RAYA
Selain daripada pakaian raya anda boleh jual aksesori raya
contohnya kasut.. beg tangan.. songkok.. samping..
butang baju melayu.. kerongsang dan banyak lagi kan?

7. PRODUK KECANTIKAN
Antara lain.. produk kecantikan wajah juga akan meningkat
sepanjang bulan puasa.. khasnya wanita yang ingin tampil
anggun dan bergaya di hari raya.. so peluang anda kan?

8. PRODUK KESIHATAN
Juga produk kesihatan untuk tambahan tenaga
di bulan puasa juga meningkat.. macam2 produk
kesihatan seperti vitamin atau energy booster
akan muncul sepanjang bulan puasa nanti...

9. BARANG MASAKAN
Bisnes ni biasanya dah nak raya sesuai nak jual..
1 atau 2 hari sebelum raya, contohnya jualan daging,
 ayam, kelapa, buluh lemang, daun pisang, daun kelapa
sangat laku.. jadi jika anda tahu mana nak cari
pembekal pada barang masakan ni boleh la cuba...

10. GAJET
mercun kira gajet tak? haha mercun pun antara
produk laku.. tapi kalau kene tangkap risiko
sendiri ya.. bila nak raya mesti ramai nak 
bergajet2 best.. hp baru.. monopod baru ka..
powerbank baru ke.. dan macam2 gajet yang
best untuk dipakai masa hari raya...

 ok tu saje... mungkin ada lagi nih...
cukupla 10 dulu saya kongsikan..
semoga dapat membantu anda mencari 
idea bisnes pada bulan puasa nanti..
bisnes tu bisnes juga.. amal ibadat jangan 
diabaikan.. bulan rahmat bulan mulia...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...