Tuesday, July 2

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU BAYI

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU BAYI

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat.
Berpuasa tidak akan menganggu pengeluaran susu ibu.
Bergantung juga kepada amalan pemakanan ibu tu sendiri..



SUSU KERING

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan
bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa.
 Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif,
terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang
 berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri
 mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu
memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan
 susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan
 menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong
kemerosotan bekalan susu ibu.

Jumlah susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa.
Jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap
mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus.
Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik
mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Sebaik-baiknya mulakan memerah susu di awal pagi iaitu ketika
waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini
 masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

DEHIDRASI

Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Ambil perhatian
 sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan
memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur
dan berbuka puasa. Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan
 tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan
 rasa haus melampau. Sekiranya berlaku, adalah lebih baik untuk
 anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir
badan yang terhidrat. Anda boleh mencuba meminum air bergaram
untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan
sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk lebih enak,
letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

PANDUAN PEMAKANAN

1. Minum Air Mencukupi
Minum air yang cukupi ketika sahur dan berbuka bagi
mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu.
Minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Anda digalakkan
 melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan
 protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup.  Anda perlu
kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak
 kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu
 sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat
membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak
 khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan
anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa.
Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi
 lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil
 susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari
sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga
 semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu
meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika
berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi
banyak gula seperti air bikarbonatdan berkafein. Kandungan gula dan
 kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


6 comments:

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah Bert, kalau betul caranya anak kita tak lapar...

Anonymous said...

SALAM KENAL.TQ FOR INFO YE.

Miss N™ said...

moga tips ini dapat mbantu ibu2 di luar sana.. :)

Faz said...

Alhamdulilah.sya bru habis menggantikan puasa ganti slma 2 mngu..tk penah menongalkan shir n always mkn kurma sblm n slpas berbila...yg penting tk skip pumping sessopn...insyaAllah.Allah mdahlan.niat kita

Faz said...

Alhamdulilah.sya bru habis menggantikan puasa ganti slma 2 mngu..tk penah menongalkan shir n always mkn kurma sblm n slpas berbila...yg penting tk skip pumping sessopn...insyaAllah.Allah mdahlan.niat kita

SYANI said...

Tips yang baik.. terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...