Sunday, July 7

Pantang Larang Orang Tua Ketika Hamil


Pantang Larang Orang Tua Ketika Hamil

a) Jangan minum air kelapa dan nenas pada trimester pertama.
- dikhuatiri bayi akan gugur.

B) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
- dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

C) Jangan mengetuk dinding rumah.
- dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim,
 Biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

D) Jangan mandi malam.
- dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga
 Memudaratkan bayi dlm kandungan.

E) Jangan banyak minum ais.
- dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan.
 Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi
Mudah dijangkiti demam kuning.

F) Elakkan minuman bergas dan kafein.
- dikhuatiri kandungan mudah gugur.

G) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut
(utk keringkan rambut)
- dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

H) Kurangkan makan buah oren.
- dikhuatiri bayi dilahirkan banyak kahak.

I) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
- dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit
 dan sukar melahirkan.

J) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
- dikhuatiri bayi akan mengenan.

K) Kurangkan makan pisang.
- pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

L) Jangan memburu atau membunuh binatang.
(bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar untuk bersalin.

M) Jangan makan betik muda.
- getah betik tu menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... Saya pasti diluar sana masih banyak
 pantang larang yang diberikan oleh orang tua mereka.
 Apa jua pantang yang kita dengar... Jangan terlalu taksub
nak mengikutnya... Takut lari Akidah pula nanti.

Yang penting, setiap ibu yang mengandung, pastikan anda
 menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan.
 Apa juga yang dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi
 oleh anak yang dikandung. Wallahua'lam.

sumber



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

5 2 ORANG KATA:

Suhaila Zahari said...

Masa sy pregnant hari tu..D,E,K memang betul2 jadi.hehe ;)

keli menari said...

tips utk sy yg xkawen lg..hehe

Qhaifa Nur said...

masa inilah semua perlu kita jaga...

aYda said...

hi bert...salam singgah..sy mcm penah tgk bert ms kt uitm sri iskandar dulu...tak taula org yg same ke pelanduk 2 serupa hehe

zaza said...

saye tak ikut pon... redah jer sebab fikir logik hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...