Saturday, January 25

PETUA ATASI BENGKAK SUSU





Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada 
waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, 
walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi 
menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. 
Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum
 memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, 
mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola,
 iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan 
bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar
 sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan
 tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. 
Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar d
engan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan 
memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya
 perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar
 dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala 
untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan
 keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu
 mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu
 sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada 
payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti 
untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan 
tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu 
susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali 
sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. 
Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai 
terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan 
hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara 
bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu,
 ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat 
seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

11. Boleh mengambil supplement Lecithin Shaklee kerana ia dapat membantu
mengurangkan risiko susu  tersumbat dan membakar lemak yang berlebihan.

Dapatkan rawatan pakar jika ia berlarutan - sumber

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...