Bukan Blog Kamu: TIPS TINGGALKAN ANAK DI NURSERI

Tuesday, February 18

TIPS TINGGALKAN ANAK DI NURSERI


Ibu mana nak berjauhan dengan anak walau sesaat..
demi tugas... terpaksa korbankan seketika..
hantar anak ke nurseri /  rumah pengasuh sebagai penjaga mereka..

pernah jugak suami saya carikan saya kerja bila saya dah pindah
duduk bersama suami sebelum PJJ..  tapi saya tolak..
saya kata, saya akan bantu dia dan berniaga dari rumah...
dan nak jaga anak sendiri sebab tak nak hantar rumah pengasuh...
mujur suami memahami dan izinkan saya berniaga...

buat ibu2 di luar sana yang bekerja baca tips terbaik bawah ni..
moga anak anda dipelihara dengan kasih sayang sama seperti 
apa yang kita bagi kasih sayang pada anak kita... moga membantu..


❋ BILA NAK MENINGGALKAN ANAK-ANAK DI NURSERI ❋

HATI SEORANG IBU ...tentu hati anda tidak begitu tenang. 
Terutama jika anak anda menangis. Jika boleh, hendak jaga sendiri...
namun kena mencari rezeki untuk menjamin masa depan anak-anak.

My dears, loving and great mothers, allow your heart to let go and let God. 
Allow Allah to take care of them. Thanks the nursery and pray for them too.
 Hantarkan tenaga kasih sayang kepada mereka, agar mereka akan
 menjaga anak-anak anda dengan baik.

Di tempat kerja, buat kerja elok-elok dan berINTEGRITY. 
Buat tugas yang telah diamanahkan. Jangan mengumpat walaupun di FB. 
Elakkan menyakiti hati orang. Layan customers baik-baik. Hantar mesej 
kasih kepada emak dan ayah jika masih ada, jika tidak hadiahkan Al-Fatihah.

Kita jaga amanah kita, Allah akan jaga anak-anak kita.

Ibu Rose - Empower With Love.
Prof. Dr. Rozieta Shaary



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

2 2 ORANG KATA:

Kesuma Angsana said...

gd tips, tq berkongsi yer

ct kektus said...

saya pon risau bila dah ada anak nanti. dengan macam-macam kes sekarang ni kan kak. huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...