Masalah utama ibu-ibu lepas bersalin ialah perut!!
ya.. saya tidak terkeceluali haha.. saja la usha2
beberapa petua untuk kempiskan perut lepas bersalin
dan saya dah jumpa... tempek sini senang nak rujuk..
anda nak cuba jugak ? sila la bace sampai habis ya..
mana tau hasilnya lumayan dan berkesan..
Masalah perut buncit selepas bersalin adalah masalah
normal dalam kalangan para ibu. Banyak cara rawatan
sama ada secara moden atau tradisional boleh
dilakukan untuk mengempiskan perut yang buncit.
Berikut adalah petua tradisional yang boleh
diamalkan oleh semua wanita dalam usaha
untuk mengempiskan kembali perut yang buncit.
1) Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian
kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut
dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.
2) Campur sedikit beras dan kisar halus. Kemudian
campurkan dengan adunan cekur, gula merah,
air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian
tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.
3) Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter,
limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar
kesemuanya. Tapis dan minum airnya.
4) Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih.
Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai
bengkung sepanjang tempoh berpantang.
5) Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus.
Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat.
Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan
perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.
No comments:
Post a Comment