Bukan Blog Kamu: 2013

Wednesday, December 18

"Ayang.. tolong buat persembahan".......




baca tajuk dah?

jangan kata awak tu pelik... saya pun pelik tau!
atau ayat sebenar di waktu kejadian....

"ayang... tolong buat performance" pinta si suami...
lama saya renung mata dia sambil nyusukan nawfal..
dalam kepala duk pikir... nak suruh buat ape?
berkerut2 dahi gue pikirin... mende dia nak nih...

pastu gelak sorang2 bila dah dapat tangkap apa dia nak..
hahahahahaha... gelak guling2 dalam bayangan...
dia nak ini rupanya kehkehkeh... cemana pulak boleh lupa hehe..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

memang dah jatuh cinta si suami dengan minuman performance ni..
testimoni beliau bila dah minum air ni...

"best betul minum performance ni... rasa macam jadi iron man!!
bertenaga.. tak penat dan cergas aje bila bersukan...
terasa ada bendalir yang magic dalam badan.. "

jangan kan dia je minum...saya pun suka minum terutamanya
bila saya buat coklat... badan letih2 terus hilang lepas minum..
rasanya pun sedap macam minum jus oren lagi2 buat sejuk2.. 
perghhh memang nikmat sekali dong.. dah nak habis..
kene order lagi.. stok wajib ada kat rumah...

bukan untuk bersukan je.. kalau badan kita mudah letih bila bekerja,
atau nak berpuasa ke memang terbaik air ni untuk diminum...
saya rilek je buat coklat sampai subuh pagi kalau kene kerja overtime..
walaupun tak tidur di siang hari.. biasanya saya memang dah tak larat dah
nak berjaga sampai pagi.. tapi dek kerana air yang bagi tenaga
ni memang kekal bertenaga la... cik suami pun best la dia bila main
bola, badminton dan kayuh beskal tak penat2 dah badan dia hehee..

nak order roger saya okeh... sapa yang tanya pasal supplement tenaga
inilah jawapannya... lambat betul nak cerita sori tokey bizi dengan coklat..

SID : 1074830
FB : Viniyamey Store 
E : bertshaklee@gmail.com
H/P : 016-8880684




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, December 4

WW # 2014 : ALAM KEGELAPAN MENJELMA........




Mari kita menghadap bersama-sama dunia yang penuh pancaroba ini...
semakin terhimpit... ramai yang terdesak.. jenayah meningkat...

Bersyukurlah semuanya naik... HUJAN juga yang turun...
HUJAN airmata pun turun....................... T___T



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, December 3

Selamat jalan laki ku..


subuh pagi tadi dah gerak ke LCCT... tata lalink...
ada trip ke vietnam... tinggal anak bini uwaaaa....

anjuran belia perak... oleh sebab beliau pegang jawatan pengerusi
belia yang akan pencen tak lama lagi maka lawatan terakhir sebelum
pencen ke vietnam.. ditaja.. bawak duit poket aje.. so family babai 
tak boleh ikot... ok pasrah.. jeles beliau dapat pegi jenjalan...
nextime bawak kitorang pulak yeh pegi ronda2 dunia hihi..

ok tokey harus meneruskan misi dalam dunia perniagaan...
disember yang penuh dengan aktiviti mencoklatkan diri...
cuti sekolah tokey wajib sibuk dan menyibukkan diri...

ok tata lalink.. selamat pergi dan pulang bawak berbunjut2 sobeneya..





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, December 2

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki




Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. 
Tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.
Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 
70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan. 

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, 
minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. 
Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium
dan magnesium juga diperlukan. 

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari
penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’
atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat 
dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan 
persetubuhan. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi. 

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami 
menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) 
dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam 
rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk
tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit
ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. 
Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. 

Selamat Mencuba!!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, December 1

TIPS : BAYI TIDAK BERAK



BAYI TIDAK BERAK

Bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama
 beberapa hari sering berlaku. Menurut pakar, susu ibu tidak
 mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh
 tubuh bayi. So its NORMAL jika bayi bila masuk 2-3 bulan
 tak berak selama beberapa hari.

APA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN?

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa

(2) Perut tidak kembung atau keras

(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis
( menangis mungkin disebabkan banyak faktor,
kenalpasti faktor tersebut sebelum membuat kesimpulan)

(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat
 foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Bayi yang tidak mendapat
cukup susu juga kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

BILA PERLU MERUJUK PADA DOKTOR?

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk
ke saluran usus dan memenuhi perut

Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic.
Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi
 tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa
yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa
 warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, November 19

Isaac Nawfal dah boleh berjalan...,



Nak update sikit pasal abang long setahun sebulan..
Banyak agenda minggu ini maka bizi sikit la minggu ni

- Beliau dah boleh jalan banyak2 tapak yeayy!! Masa bulan
Lepas baru jalan2 jatuh, bulan ni dah raun2 1 rumah..
Walaupun masih terkedek2 tapi takpe lepas ni kita boleh
Main kejar2 pulak ye nawfal..

- beliau dah boleh manjat2. Panjat sofa pulak!! Aduhh
Nasib baik time kita ada, buatnya tengah buat kerja
Dia panjat2 sofaa alahai.. Takut pulak biar dia sorang2

- kalau hepi sangat beliau akan geleng2 kepala sambil 
Tutup mata pastu gelak2..mak ko x paham la ape maknanya..

alaaa tuje ingat.. Lengkali sambung lagilah..
Ok tata

*x reti nk letak gambar gune tab*



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Wednesday, November 13

WW # Sama tapi tak serupa






Nov 10, 2013 | bahak2 di agah by viniyamey on Keek.com


sama sebab orang yang sama..
tak sama sebab beza ketawa dan rupa paras...
rindu pulaak tengok nawfal masa baby hihi...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, November 12

Akibat menonton Love You Mr.Arrogant


Dah habih dah cerita ni... bukan nak bagi sinopsis ke ye...
tapi nak cerita akibat menonton drama ni tanpa miss..

setiap kali menonton sama ada di tonton ataupun tv3
mesti saya dan bukan laki orang lain akan menonton...
kami suka layan pasal penceritaan dan penggunaan pelakon baru
sebagai watak utama disokong dengan pelakon hebat di belakang...

apabila pelakon menghayati watak dengan  sebaiknya maka dengan
otometiknya penonton seperti saya dan mungkin jugak orang lain
akan turut merasai apa yang mereka rasa.. ada rasa lucu.. ada rasa sedih..
ada rasa geram.. ada rasa kecewa.. ada siakap 3 rasa...oh yang tu bukan..

saya pun khayal tengok cerita tu haha.. bukan khayal yg bukan2 eh..
maksudnya drama tu tak macam drama tapi macam kisah realiti..
tak dinafikan drama tu lebih kurang je macam drama2 lain perasan tak?
sama aje jalan ceritanya tapi tetap jugak ditonton oleh penonton berjuta orang..

ok so apakah kesannya drama ni pada saya? orang lain saya tak
amik port... sukahati mereka dan keluarga mereka.. janji bahagia hehe..

pada suatu malam baru2 ini..saya telah bermimpi..
dalam mimpi itu saya didatangi oleh lelaki asing yang cube mengganggu..
haa tu watak sapa? ye.. watak faizal saikos tu hahaha...
dan otometiknya saya menjadi zara kahkahkahkah...

dan dari jauh saya nampak suami saya sendiri belagak macam 
mr.arrogant dengan kotnya serta kereta mewahnye menunggu saya
di luar pejabat hahahaha... apabila  saya dapat melarikan diri 
dari lelaki asing yang mengganggu, saya terus mengadu pada suami saya
ada orang ganggu dan terus membelasah lelaki itu dengan gaya heronya...

ok tu saja.. mungkin rindu nak tengok aksi LYMA ni... 
tu pasal termimpi2 jadi watak zara pulak... dan ada jugak sebenarnya
watak mr.arrogant tu ada mirip2 perangai cik asben..
bila dia pun dah tengok, dia tiru pulak lagi aksi jadi mr arrogant tu..
eee bara pulak rasa hahaa.. tapi layankan aje.. ok tuje nak kisahkan tata..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, November 9

Kami tak serapat dan semesra dulu... hmm

tengah mengidam yang ini... hihi.. mungkin boleh rapat semula?

ape cerita pulak nih? 

ye kami dah tak serapat dan semesra dulu...
kalau sebelum kawen kami rapattttt sangat!!
tak boleh berenggang... kalau takde mesti taktentu arah..

tapi bila saya dah ada kawen tambah ada anak lagi,
kami dah tak rapat dan semesra dulu.. dah berenggang...
dia tah kemana saya pun tah kemana.. macam dah tak heran je..

saya tak sedih pun.. betul saya tak sedih pun...
cuma saya terkilan sebab ramai orang marah saya.. haha..
padamoke  kene marah haha... nak buat cemana dah tak mesra..
bukan lah sebab beliau tak best ke hape.. tapi ntah lah,.

mungkin kalau dapat yang macam atas canggih bebenno tu baru 
kamii nak rapat  kot haha... ok mengidam nak canggih manggih je..

so motif entry ni ialah saya nak mintak maaf kalau call tak angkat
atau lambat balas sms / wasap ke ye.. saya menaip pun lembab..
sebab jarang guna.. bila nak guna boleh naik angin je menaip 
asyik salahhhhh je manjang...grrr... tensen betul...

saya bizi dengan tugas seharian sebagai amak.. sebagai bini.. 
sebagai tokey.. kalau bissnes saya suka ngadap laptop dari empon..
sebab tu la tah kemana2 aje letaknye empon bimbit itu.. hihi

dah kawen biasa la.. macam tak kisah aje...
sblum kawen takleh berenggang tunggu boipren tipun haha..
tapi tak boleh..!! bila dah berniaga ni empon mesti 
kene dekat selalu melekap bagai magnet gitu kan..
so kene mesra2 dan rapat balik lah dengan empon nih..




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, November 4

Tokey bizi nak bukak 3 kedai...


"wahh 3 kedai tu... betul kah??"

ye betul...saya sedang bizi nak siapkan 3 kedai...
satu kedai dah nak setel.  tinggal 2 kedai yang baru nak mula...
baru je baik demam batuk selsema.. harap dapat bekerja dengan jayanya...

"oi banyak modal ko bukak kedai"

free je ape nak modal besar2 sangat hehehhee..
eh eh eh jangan kome melatah opocot2 plak yeh!!

saya bukak kedai online lah... alahai.. cepat sangat nak melatah...
guna fb dan blog aje sudah.. pengalaman berblogging sejak 5 tahun
yang lalu saya aplikasikan dalam bentuk meniaga.. walaupun tak terer 
mana tapi boleh laaaa janji tau cemana nak buat dan iklankan.... 

dengan ini saya isytiharkan saya nak bercuti dari tempahan coklat 
selama seminggu aje ye.. dari 7/11 sampai 15/11..
saya mohon cuti pada diri sendiri dan diri sendiri telah meluluskan cuti
tersebut dan diri sendiri nak siapkan 3kedai tersebut... bukan pegi holiday ye!

dah siap kedai baru la boleh jual barang kan...tak gituu??
 lepas2 tu kalau nak tempah boleh la hehe.. tapi  full sudah untuk november..
kalau nak tempah disember boleh la..banyak ruang kosong lagi...

plissss jangan order lasmenet..... plissss... untuk kesenangan kita bersama
sila tempah awal2 ye... saya mudah dan anda pun mudah nak order kan..

sesape ada kenalan atau anda sendiri buat bisnes printing share2 la ye..
saya nak tempah macam2... setakat ni dah ada survey2... memang
rambang mata la tengoknye... sampai tak tau mana nak pilih.. hehe...

ok sekian cerita nak bercuti dari tempahan coklat.. 



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

LOVE YOU MR ARROGANT - Minggu Akhir

sinopsis minggu akhir... nampak ke? klik kasik besar..

Tak miss tengok drama ni..buat saya khayal je pastu gelak sorang2..
sengih sorang2.. kadang2 layan dengan cik asben... syok pulak kan?
lagi syok layan kat tonton.. takde iklan panjang lebar..boleh stop2 gitu..
lagi pun drama ni waktu maghrib... tak syok pulak nak tengok...
minggu akhir dah cerita ni.. alaaa kejap je nak abissssss...
rindu la nanti watak zara dengan irham yang machoo tu kan...

sesape ada layan cerita ni.. angkat jari???





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, October 28

Satu perjalanan yang panjang....

pinjam gambar dari adik ipar... tak sempat betul nak snap gambar baby..

Bulan lepas kami dapat cucu... bulan ni kami dapat anak buah baru..
tahniah buat abang suami saya dengan kelahiran baby girl 22 oct yang lalu..
Jumaat lepas terus ke subang nak tengok baby... tiyut miyut si 
Nur Damia Syaza (camtu tak silap ejaan nama dia)....

Sabtu saya ke nilai jumpa mak dan kakak saya yang baru balik dari
Padang, Indonesia jalan bercuti kat sana... ok jeleess tak dapat ikot huhu..
takpelah dapat ole2 dari sana pun kira ok la ye tak.. tq tq tq acikk...

Lepas nilai ke bangi pulak.. oh yang tu tak melawat sedara..
tapi shopping kat situ sebentar sambil makan2... lepas makan,
ikut jalan dalam singgah di putrajaya melawat adik ipar di Pr 9...
makan lagi sampai kembung perot... dah makan ke subang balik..
niat di hati nak balik sabtu malam ke perak... tapi apakan daya..
letihnya berjalan ke sana ke mari macam nak  pengsan dah...

rehat dulu ok.. pagi ahad kami terus balik perak... tidur dalam sejam
bangun balik dan sesiap menuju ke ipoh sebab ada game bowling...
lawan antara sekolah sarjana, mrsm parit, mrsm pasir salak & sabda,
ha nanti2 boleh update pasal game 4 penjuru tu ya kalau teringat hehe..

maka harini rasa cam nak pengsan lagi letih yang amat2....
tapi kene masuk kerja petang nanti la kot.. nak buat tempahan coklat
untuk minggu ini...oklah harap semuanya baik2 aja ini hari...
sekian..mahu berehat sebentar sebelum meneruskan misi untuk hari ni..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, October 25

Sekarang ni sesiapa sahaja boleh dibunuh.....




Seorang pegawai bank ditembak dari jarak dekat dengan pum gun
 di kepala. Pagi-pagi mesti dia pergi kerja sama seperti isteri-isteri 
orang lain juga. Mencari secupak rezeki dengan kerjaya yang tidak 
berbahaya sepatutnya. Siapa tahu, beliau mati ditembak dalam satu
 rompakan. Motifnya rompakan dan ia rambang. Isteri saya jika ada di
 tempat itu maka yang ditembak itu akan jadi isteri saya.

Mungkin sedang kita memandu van menghantar air mineral, 
boleh kita dilanggar dan ditikam berkali-kali sampai mati dengan
 motif rambang.  Jika saya yang dilanggar ketika itu, 
maka saya juga yang akan ditikam.

Ia boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Hari ini kita cool kerana 
yang ditembak itu isteri orang lain yang kita tak kenal. 
Yang kena tikam pun bukan orang yang rapat dengan kita. 

Jangan tunggu perkara itu jadi pada kita baru kita nak 
berdiri berkokok mengajak orang berjuang sama. 

Now, everyone can get murdered!

Semalam, jiran sebelah kita laksana HUDUD. 

Saya tak perlu habiskan ayat.......  - SAIFUL NANG

*sekadar memanjangkan luahan rasa apa yang saya rasa setuju....
jenayah di mana-mana... dah memang tak aman kan..?
siapa cakap Malaysia ni aman saya nak marah.. boleh?.... :(


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, October 22

Happy Birthday Isaac Nawfal!!



Lambat lah mak ko ni update..dah lewat seminggu dah ni ha....
dah seminggu budak tonet ini berumur setahun jagung..
ni pun curi masa kejap sebelum sambung buat tempahan minggu ini...

moga jadi anak yang soleh, bijaksanesini, sihat walepiyat dan terus
membesar bagai johan.. mummy n daddy sentiasa doakan yang terbaik
untuk anak bujang sorang ni yang sentiasa menggeletek hati kami...

setahun kejap je dah berlalu... dari bayi kini bergelar budak..
baru melangkah 2,3 tapak... masih belum berjalan penuh lagi...
esok ada checkup setahun dan cucuk sekali..siapla ko nopall.. hihi..

sedikit sedutan sambutan besday nopal comel-comelan..
masa hari kejadian kedai tutup so takde nak beli kek bagai...
sambut sekali dengan adik bongsu suami yang sambut besday sekali..
lokasi di rumah MIL yang dekat aje dengan rumah hehe...



ok sekian cerita hari jadi budak setahun jagung...



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, October 21

Seronok kan bila jadi tokey....??


jadi tokey besar memang la seronok... goyang kaki duit masuk hari2..
itu kalau cerita pasal  tokey besar.. untung besar... syarikat besar..
tapi bermula dari kecik... tokey kecik..  untung kecik.. syarikat kecik..

tokey kecik pun boleh untung besar walaupun syarikat kecik... kan?
janji kene rajin usaha dan tak boleh putus asa walau ape pun terjadi..

saya dapat gelaran baru... semenjak jual coklat handmade ni,
kawan-kawan yang berurusan atau jadi pelanggan saya panggil saya tokey..
tokey kecik aje.. saya la tokey... saya la kuli... so jadi la TOKLI...  haha..

semenjak jadi tokey ni... blog kecintaan ini pun agak sikit terabai...
setiap hari dan waktu saya bekerja... surirumah berniaga macam nilah kan..
nak cerita pun malas... paham kot ye? hehe... 

Bermula Oktober ni sampai la Disember nanti tokey akan sibuk...
biasalah cuti2  sekolah nak mula ni.. orang kawen.. orang tunang...
baby nak aqiqah.. sambut besday lagi... campur anniversary bagai..
ramai yang berminat nak tempah coklat... minat jugak?
meh pm tokey kat pesbuk.. hehe atau email chocobert84@gmail.com



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, October 8

Seronok kan bila dapat naik pangkat??





hai mesti la seronok kan.. kalau naik pangkat ke jawatan lebih tinggi
dah tentu gaji naik bertingkek-tingkek he he.. dan jgn lupa tanggungjawab
pun bertingkek-tingkek... tapi  saya naik pangkat ape pulak?
mana ada suri rumah naik pangkat?? ishhhh adeee ape pulak takdeee...
tengok bawah ni.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

taraaaaaaa.......


yeayyy ini dia... lahir sudah cucu saya yang pertama...
pertama mestila eksaitet kan hehe... maka saya naik la pangkat menjadi
nenek kepada cucu saya ni bila anak buah saya melahirkan
baby girl wan nur raudhah pada 27 september yang lepas hehe...
anak buah panggil saya maktam makanya kalau gitu
nenda campur maktam jadiklah nentam... haha... tak sedap langsong!!

ok tu je nak cerita... sekian kisah hari selasa....


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, October 7

Malaysia memang luar biasa kan?

Luar biasa negara ini
Kehilangan senjata berguni-guni
Ketua Polis Negara amat meyakini
Senjata hilang dilautan dalam sukar diselami


Luar biasa negara ini
Amalan rasuah dijadikan seni
Cedok sana cedok sini
Kalau boleh sampai ke perut bumi



Luar biasa negara ini
Rakyat bawahan dianggap kuli
Pak Menteri kerjanya suka membuli
Sapu duit sampai Bertroli-troli...



Luar biasa negara ini
Anak Menteri minum todi
Pak Menteri tokey Judi
Ini semua salah Machai Bangang Abadi



Luar biasa negara ini
ada menteri takut bini
Tapi dengan K-pop sayang sekali
Kalau boleh nk jemput lagi...



Luar biasa Negara ini
Mempunyai rakyat berstatus machai abadi
Fikirannya serupa orang mabuk Todi
Elok tadah dahi bagi gerudi



Luar biasa negara ini
Amalan membazir dianggap mini
Semuanya untuk keuntungan kroni
Apatah lagi kalau bukan untuk Bini...



Luar biasa negara ini 
Bila harga minyak dinaikkan lagi
Dibilang cuma kurangkan subsidi
Disuruh diam disogok BR1M dua kali



Luar biasa negara ini
Bila BR1M diberi heboh sana sini
Jumlahnya boleh dihitung dengan jari
Bila tiba PRU diminta balas Budi..

#pesbukopipes

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Sunday, October 6

Kebaikan Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin


1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan,
 bukan isteri sahaja malah suami juga. Kehadiran suami di sisi
isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri.
 Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain
.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang
ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang
 isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila
 melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha
 memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak,
 bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan,
boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi
 dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai
 keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga
kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang
ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang

ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita. - sumber





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Cara Menanam Uri Anak


SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu
tahu dan pelajari ialah menanam uri.


Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah
 teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan
 dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh.
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.
Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut
 pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu
 yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan
 diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh
menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.
 Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa
yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam
dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan
cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik
 bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti
plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar
dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang,
yang mungkin akan menggali uri ini nanti. Letak dalam
 kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan
 dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat
 semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat.
Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan
tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang
 boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut
 perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan
dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana
orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki
membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku,
pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. - sumber



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Saturday, October 5

Penjagaan Diri Selepas Bersalin


Cara Tidur Selepas Melahirkan
1) Tidur dengan bantal tinggi : Supaya darah kotor tidak naik
 ke kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.

2) Kaki rapat dan lurus : Ini untuk menjaga supaya peranakan
cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula,
 begitu juga luka selepas melahirkan akan cepat sembuh.

Pakaian Selepas Melahirkan
1) Pakaian tebal baju panas lengan panjang : Memakai baju tebal
supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh
 mengakibatkan sakit tulang-tulang di usia tua.

2) Bersetokin : Supaya kaki sentiasa panas dan angin sejuk
 yang boleh merosakkan kesihatan tidak akan masuk ke badan.

Dandanan Rambut
1) Diikat ketat dan tinggi : Supaya angin meroyan tidak naik
ke kepala, jika tidak dijaga ibu-ibu boleh mendapat
 penyakit gila dan mata cepat rabun.

2) Sapu minyak zaitun - Untuk menyegarkan kulit kepala dan
 menghilangkan rasa pening selepas bersalin.





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Petua Melegakan Batuk Bayi / Kanak-Kanak Berkahak



a. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan.

b. Ambil asam gelugor dan tenyeh-tenyeh ke tapak
tangan bersama sedikit kapur makan.

c. Sapu di dada bayi atau kanak-kanak yang batuk.

d. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak. 
Cara membuat minyak bawang : Potong kecil2 bawang merah 
dan campurkan dengan minyak masak.


Sumber: ensaiklopedia petua melayu lama




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...