Sunday, October 6

Kebaikan Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin


1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan,
 bukan isteri sahaja malah suami juga. Kehadiran suami di sisi
isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri.
 Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain
.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang
ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang
 isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila
 melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha
 memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak,
 bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan,
boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi
 dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai
 keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga
kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang
ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang

ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita. - sumber




4 comments:

Miss N™ said...

setuju dengan tips2 ni...
tapi kalau lelaki takut darah, habislaa....

Lelaki said...

ouh ye ke...ok nanti i buat k.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul3...suami ptt tmn time isteri bersalin

Unknown said...

betul2.. suami sy temn wktu kt labor room. mmg btul perasaan ni semua wujud dlm dr dia..syukur alhmdulillah.
dia pn xblh tgk drh but dia sty kt hjng kpla sy bg smgt, zikir, doa pdhl sy kt lbor room dr tghhari ke mlm.
sy xkn kuat kalau xda suami sy time tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...