SHOPPING : KEDAI BABY ONLINE TERMURAH DAN POPULAR!!!

Monday, January 28

AWAS : Jangkitan Kuman Pada Kanak-Kanak



Banyak perkhabaran berita kematian bayi dan kanak-kanak
berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru.
Ya, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Tapi kita boleh berikhtiar untuk
mengelak daripada ia berlaku pada bayi atau anak kita.

PNEUMONIA merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru
yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan
saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang
menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Punca Jangkitan
1)   Kanak-kanak yang dijaga oleh pengasuh di taska
2)  Keluarga besar dengan rumah yang sempit.
3)  Persekitaran dibiarkan tidak bersih
4)  Perkongsian bekas makanan dan minuman yang
 menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan
 tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap
mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa
 yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak
 boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan
 ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas, bibir menjadi
biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau
 tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
1) Demam panas
2) Batuk dengan atau tanpa kahak
3) Sakit dada
4) Tiada selera makan, tidak mahu makan
5) Rasa tidak sihat, sering merengek
6) Pernafasan laju atau susah bernafas
7) Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Antibiotik akan diberi oleh doktor. Jika jangkitan kuman di paru-paru
 berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital
untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Pencegahan Awal
1) Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik
2) Meneruskan penyusuan susu ibu.
3) Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui di hospital swasta untuk
meningkatkan imun dan boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

Beza Batuk Biasa dan Batuk Pneumonia
1) Batuk Biasa - Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk pneumonia.
2) Batuk Pneumonia - Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam
 sehingga ke pagi. Kahak berhimpun lebih kerap pada sebelah malam.

5 Tips Mudah
1) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2) Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap
 oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3) Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4) Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan
 batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5) Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

10 2 ORANG KATA:

Qashmere said...

Memang kena berhati2 sekarng ni memang musim macam2 jenis penyakit

ros_reeza said...

perlu lebih perhatian . jangan ambil mudah kalau anaj demam. jangan ingat itu demam biasa. perlu dirawat dengan segera

Cik Nur said...

rasanya menjadi pkara wajib kot kena ada termometer di setiap rumah, senang nak periksa suhu baby...

محمد رازيق said...

pnyakit2 ni perlu perlu dititikberatkan. btw slam kenal :)

♥ ROS ♥ said...

btul tu kak... ros tkut sgt klu baca2 bnda bca ni..harap kita semua dilindungi allah :)

Mrs Lurve said...

skrg nie pantang tersilap sikit, mudah je kena penyakit..

Kakzakie said...

Anak kakak yg bungsu pernah kena Pneumonia. Masa tu usia dia 4 tahun siap duduk wad masuk antibiotik lagi jarum kat tangan.

Jaga botol susu, pinggan makan sangat penting. Sama juga pakaian dia kena jaga selalu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

skang ni mcm2 jenis penyakit kena hati2 la..bahaya tol

Nisah Idham said...

kesian kat kanak-kanak yang terkena jangkitan. ibu bapa kena lebih prihatin..

Kesuma Angsana said...

tips2 yag bagus ni tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...