Bukan Blog Kamu: Petua Mendapatkan Anak Kembar

Friday, October 5

Petua Mendapatkan Anak Kembar






Manalah tau ada di kalangan kita teringin nak anak kembar..
yang dah dapat macam kak emme ni bertuah! rezeki Allah namanya..
boleh la cuba baca info berikut.. sekadar berkongsi.. :))




1. GENETIK
 Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu
 mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah
diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah
 penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR
 Perempuan yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi
 yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini,
 kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan.
Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan
 lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK
 Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak,
 lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT dan KETINGGIAN
 Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai 
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET
 Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen
 yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
 Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian
 seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi,
 sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Sekadar info aje.. rezeki tetap di tangan Allah :)))

sumber

nak tau banyak lagi?  klik INFO KEHAMILAN



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

17 2 ORANG KATA:

iedchan said...

doa selalu nak dapat anak kemabr hehe

lupekanje said...

Salam Bert,
Accik pun nk doa gakla..moga dpt cucu kembar..hehe..
err..mnantu pun lom ada lagi.

Masz Sidek said...

sy dari zaman sekolah dah bercita2 nak anak kembar kak... sekarang lebih2 lagi... siap berangat nak anak kembar lepas kawin nanti....

mudah2 doa sy nak anak kembar nanti di makbulkan Allah kak...

Masz Sidek said...

***berangan nak anak kembar

dhiashahida said...

mmg comel kan lau ada anak kembar...:)

:: Mrs.Eady :: said...

nak kembar gak!hehehee...

Mrs Lurve said...

family azie ada 2 pasangan kembar x seiras, abg dan kakak, tp bila msg2 ada anak sorg pun xde yg kembar

dwaty said...

teringin nak anak kembar...

ehhhh???? tetiba... hikhikhik

are_lin@yu said...

nak3..hehe

Cik Nur said...

mmg ade berangan2 nak anak kembar kalau kawin nanti..hee.. :)

info yg menarik.. :)

Cho Zila said...

akak memang ikut keturunan memang tak leh ler kot... teringin gak dulu2 sekarang tak leh dah...

ieda said...

keturunan nie .. ada sesetengahnya lahh .. ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

boleh amalkan ni... mana tahu ada rezeki dpt anak kembar..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

best juga klu dpt anak kembar...mesti cabaran nk menjaganya :)

lelamaisara said...

teringin gak..hehehee..tapi mcm seram je nak bersalin kembar..hehehe

ros_reeza said...

Aminn :) nak jugak :)

Momo said...

kalau dah kawen t..boleh la amal petua ni..sebab teringin nak ade anak kembar..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...