Sunday, February 16

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI



Anda ada masalah dengan uri di bawah?
cuba petua ni harap dapat membantu masalah ibu2
yang mengalami masalah uri di bawah... selamat mencuba!



Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : 
sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

Cara : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu
 mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring
 dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. 
Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. 
Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu 
yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa
 untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin
 mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas 
dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, 
cuba tahan nafas anda selama yang mampu. 

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan
 bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut,
 kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, 
dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas).
 Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. 
Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas 
mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu 
menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki 
kedudukan rahim ke tempat asal, InsyaAllah. Selamat Mencuba...~


1 comment:

eMMe said...

bagus info ini.. TQ Bert....moga dpt manfaat kite bersama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...