Thursday, March 6

Latih Anak Bercakap Dari Umur Setahun

Kini setahun 5 bulan.. belum boleh cakap lagi...
tak sabar  nak berbual2 dengan beliau...
ada tips saya dapat.. nak praktis lah...!!!


Latih bercakap dari umur setahun

Anak umur setahun kebiasaannya baru nak bertatih
 atau mungkin baru mula berjalan.

Mereka sibuk nak explore dan mengutip barang-barang yang dijumpai. 
Lebih membimbangkan ialah mereka kutip, masuk dalam mulut.

Ada ibu bapa yang tak sabar nak dengar anak mereka bercakap. 
Tak sabar nak dengar anak panggil ‘mama’, ‘ummi’, ‘ibu’dan sebagainya.
Ada kanak-kanak yang amat cepat mengeluarkan perkataan pertama.
 Umur 1:06 sudah boleh menyebut mama, abah. 
Tapi ada juga yang agak lewat, umur 1;08 baru nak sebut mama.

Pada usia setahun, kanak-kanak mula membuat bunyi bebelan seperti 
‘bababa’ atau ‘dadada’. Dia bermain-main dengan anggota mulut 
dan lidahnya sendiri dan dengar suaranya sendiri.

Ini adalah perkembangan fitrah kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang tiada
 masalah pendengaran, bebelan ini akan berkembang menjadi perkataan. 
Tapi bagi kanak2 yang ada masalah pendengaran, bebelan akan berhenti
 begitu saja (bergantung pada masalah pendengaran yang dialami).

Pada peringakat umur setahun juga, kanak-kanak memahami konsep
 interaksi 2 hala. Sebab itulah permainan ‘aum cak’ dan ‘agah-agah’ amat 
digemari oleh kanak-kanak pada usia begini. Ini kerana interaksi melibatkan 
konsep tunggu, lihat dan dengar, kemudian muncullah hasilnya.

Kanak-kanak yang mengalami autism kebanyakkannya tidak memahami 
interaksi sebegini. Mereka lebih gemar bersendirian. Di negara kita, saringan 
autism dibuat di klinik kesihatan dengan menggunakan MChart semasa ibu 
bawa anak untuk dapatkan suntikan pada usia 1;06. Melalui saringan ini, 
kanak-kanak yang mengalami autism dapat dikenalpasti dengan lebih awal 
dan membolehkan intervansi awal dilakukan. 

Ramai ibu bapa yang bertanya, apa yang perlu dibuat untuk
 melatih anak bercakap seawal usia setahun?

1) Katakan TIDAK kepada tv, hp, permainan tablet touch screen. 
PANTANG bagi kanak-kanak usia setahun. - nak bagi juga, 
itu hak masing-masing. Saya mampu beritahu apa yg saya tahu saja.

2) Nyanyi sambil bergaya. Kalau nyanyi lagu kucing, buat gaya kucing 
(misai di pipi), kalau lagu lembu, buat gaya lembu (tanduk di kepala).

3) Ajar tunjuk. Anak usia setahun amat mahir menunjuk apa saja yang
 menarik minatnya. Latih dia tunjuk anggota badannya atau
 tunjuk orang-orang yang sering ada disekelilinganya.

4) Latih anak ikut arahan. Contohnya minta anak ‘bagi bantal kat ayah’, 
atau ‘tutup pintu’, atau, ‘ambil kasut’ atau ‘simpan dalam bakul’.

5) Sentiasa beri pilihan. Nak bola atau belon? nak cawan biru atau hijau? 
nak baju bunga atau baju riben? nak tuala putih atau belang-belang?
 nak pakai bedak atau nak sikat? sambil tunjuk, sambil tanya. 
jangan cakap atas angin. ingat, dia baru umur setahun.

6) Biasakan bercakap sambil tunjuk isyarat mudah. Contohnya bila kita 
sebut ‘sedap’, kita buat isyarat ibu jari. Bila kata ‘habis’, kita buat kibas
 tangan. Bila kata ‘letak’, kita tunjuk jari ke bawah. Bila kata
 ‘busuk’, 
kita buat kibas tangan di hidung.

7) Bercakap semasa anda ‘proses’ anak anda, termasuk ketika mandi,
 pakai baju, basuh tangan, makanan tumpah, kutip mainan bersepah, 
sikat rambut, letak bedak dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang ‘nak cepat’,
 ‘banyak benda lain nak buat’, ‘letih balik kerja’ dan macam-macam
 hingga terlepas pandang bab yang amat penting ini.

8) Gunakan intonasi yang pelbagai, menggunakan
 ayat pendek dan sebutan yang jelas.

9) Hargai sebarang usaha yang ditunjukkan oleh anak untuk berinteraksi.
 Lihat memek mukanya dan cuba fahami kehendaknya.


1 comment:

- AZIE - said...

sy suka entry nie...bagus utk dipraktikkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...