Friday, October 10

PETUA MUDAH NAK CERAI SUSU IBU



Anakanda nawfal dah masuk 2 tahun...
maka saya cari petua nak cerai susu...
saya tak pernah bagi dia susu FM jenuh juga
nak ajar dia tukar susu... nak tido pun nak menyusu..
hasil pencarian encik gugel saya simpan sini..
senang nak buat rujukan sendiri hehee...

1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya
* Elakkan dari berhenti secara tiba-tiba
 takut2 emosinya terganggu

* Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, 
contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinyanya
 adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi, 
dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja

* Anda boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang 
berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya

* Kenyangkan dengan makan lain dahulu sebelum
 anak2 meminta susu badan dan jangan menyusukan
 terlalu lama pada tiap2 sesi penyusuan

* Elakkan menawarkan susu badan jika tidak 
diminta, dan jangan menolak jika diminta

* Gunakan kaedah ansuran, anda boleh alihkan 
perhatiannya pada aktivti/benda lain dan proses ini
 mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan 

* Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada 
waktu malam & jangan salin baju di depan anak
 bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat


2. Bagitahu dan Terangkan Kenapa Kena Berhenti
* Terangkan kepada anak2 kenapa 
mahu memberhentikan penyusuan

* Anda boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika
 dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja

* Jika anda hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting,
 anda boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah.


3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam
* Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan 
sebagai cara untuk menidurkannya. Sebaliknya, 
gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, 
menepuk perlahan atau menggosok belakangnya

* Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, 
selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum 
tidur. Mungkin di bilik lain ataupun ruang tamu

* Jika anak terjaga pada waktu malam, biar suami anda
 yang menenangkannya. Sekiranya anak anda mahukan 
susu, perah dan biar suami anda yang bagi


4. Mengurangkan Bengkak Susu
* Jangan makan makanan atau minuman yang 
memperbanyakkan susu, semasa proses menceraikan susu

* Mandi dengan air suam & tumpukan air suam tersebut pada
 bahagian yang bengkak. Takpun, boleh tuam-tuam ngan air suam

* Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli.
 Potong urat kobis yang keras agar lebih selesa
dan biarkan selama 20 minit, 2 kali sehari.


5. Perubahan Tingkah Laku
* Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai
 gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan

* Anak anda mungkin berubah sikap seketika walaupun 
dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin 
mengekori anda ke mana sahaja & kadang2 lebih nakal

* Anak anda juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri,
 sebagaimana anda juga perlukan masa dengan perubahan ini

* Anda juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan 
selepaskali terakhir anak anda menyusu, terutamanya
 jika anda berhenti secara tiba-tiba.

Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga khasiat
 susu ibu terus mengalir dalam badan kamu ya 
Isaac Nawfal Amirul Khairudin...insyallah...


4 comments:

MOMMYLIN said...

good tip

eMMe said...

OK BERT, SEMOGA BERJAYA CERAIKAN SUSU ANAKANDA NAUFAL...

Unknown said...

As salam...Harapnya sy kuat utk pisahkan anak dgn susu bdan.Dah masuk 2 tahun sbln anak tapi masih blm berjaya ceraikan susu bdan.

Unknown said...

Semoga saya pun dapat pisahkan anak dgn susu badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...