Monday, February 23

8 JENIS RAWATAN KECANTIKAN WAJAH YANG POPULAR!!




Semua orang inginkan kulit cantik, halus mulus kan...
kaedah yang paling mudah menggunakan facial biasa..
ada yang rajin menggunakan supplement bertindak 
sebagai kecantikan dari dalaman.. bagus sekali!

Sebenarnya ada lagi cara lain untuk mencantikkan wajah
jom kita tengok apa cara lain lagi untuk jadi cantik..


1. Facial biasa
Facial biasa adalah untuk pembersihan kulit yang tidak
 banyak bermasalah. Facial jenis ini menggunakan pencuci lembut, 
stim, topeng, sedutan pada kulit menggunakan mesin menyedut
 dan diakhiri dengan pemakaian pelembap atau pelindung mata hari.

Proses mencuci seperti ini baik bagi meningkatkan perjalanan 
darah pada kulit muka, membuang kekotoran dan menjauhkan 
kelenjar sebum yang tersumbat. Ia menjadikan kulit bebas 
daripada ancaman biji-biji putih, noda hitam dan juga jerawat.

2. Facial dan vitamin C
Penambahan vitamin C bertujuan memudakan kulit dan 
meningkatkan pembaik pulih kulit. Vitamin C berfungsi 
sebagai anti oksidan dan juga mampu mencerahkan kulit.

Teknik facial sama seperti biasa. Kulit dicuci dengan pencuci 
yang lembut, kekotoran akan dibuang diikuti pengewapan kulit,
 topeng muka dan sedutan. Akhir sekali vitamin C dititiskan 
semasa pori-pori masih terbuka dan mampu menyerap dengan aktif.

3. Facial glycolic
Teknik ini sesuai bagi masalah jerawat yang serius. Asid glycolic 
merupakan asid lembut yang boleh masuk ke dalam kulit
 untuk membunuh bakteria. Ia juga mampu mengurangkan
 kesan parut jerawat dan menyembuhkan jerawat. Biasanya doktor
 akan mencadangkan penggunaan gel glycolic sebagai sapuan
 bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius. 
Gel yang boleh digunakan di rumah ini mampu bertindak 
sebagai facial lembut yang mencerahkan kulit kita.

4. Facial dengan anti oksidan
Anti oksidan juga merupakan bahan penting bagi facial.
 Ia sesuai untuk kulit yang berpigmentasi. Biasanya anti
 oksidan jenis peptide digunakan kerana ia sesuai bagi
 semua jenis kulit. Prosedur facialnya tetap sama.

5. Facial ionto phoresis
Facial jenis ini menggabungkan proses merangsang kulit 
dengan alat khas yang dinamakan ionto phoresis machine.
 Alat ini menggunakan konsep getaran tinggi. Kelebihan
 ionto phoresis ialah lebih banyak vitamin atau anti oksidan
 dapat ditolak masuk ke dalam kulit kerana ia 
membuka pori-pori dengan lebih banyak lagi.

6. Microdermabrasion
Microdermabrasion merupakan facial yang agresif berbanding
 facial biasa. Prosedur teknik ini adalah lapisan kulit dikikis 
sama sekali. Selepas itu kulit wajah dicuci dan dilembapkan. 
Alat microdermabrasion digunakan bagi menyedut dan 
membuang lapisan kulit yang telah mati. Terdapat dua 
jenis mikrodermabrasion iaitu jenis kristal dan berlian.

Microdermabrasion jenis kristal mempunyai agen berupa 
pasir halus yang akan mengikis sel mati pada kulit muka.
 Jenis berlian pula berupa pisau halus yang mampu mengikis
 lapisan pada kulit. Kelebihan peralatan mampu membersihkan,
 meningkatkan mutu dan merangsang kulit agar kulit baru 
dapat tumbuh dengan baik. Kaedah ini sesuai sebulan
 sekali jika kulit bermasalah. Jika kulit sudah pulih maka
 bolehlah di kurangkan kekerapannya kepada 
dua bulan atau tiga bulan sekali.

7. Facial laser
Dewasa ini penggunaan laser giat diperkatakan. Kaedah ini 
mampu merangsang kulit dan membuatkan pigmentasi
 berkurangan. Laser yang tepat haruslah berpandu kepada
 jenis kulit dan masalah yang dihadapi seseorang. Jeragat dan
 pigmentasi memerlukan laser yang boleh memecahkan 
pigment. Masalah parut pula memerlukan laser yang sesuai
 bagi meningkatkan kualiti kulit baru. Facial laser juga menjadi
 pilihan kerana ia mampu menghilang kedutan halus.

8. Suntikan pada wajah
Tidak dapat dinafikan suntikan pada wajah merupakan 
sesuatu yang agak penting untuk menyerlahkan lagi wajah 
dan menjadikan seseorang tampak muda serta lebih cantik.
 Suntikan filler menjadi pilihan kerana ia cepat, mudah dan
 tiada sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Begitu juga
 suntikan BTA dan placenta yang disukai .
sumber berita

Jadi anda boleh pilihan yang mana satu sebagai
agen untuk anda menjadi lebih cantik..
Anda boleh dapatkan rawatan kecantikan di
Klinik Dr Norman, Aesthetic & Anti Aging
di Batu Berendam Melaka...

Pertanyaan dan info lanjut mengenai rawatan
boleh tanya Atiah 0168880684 whatsapp sahaja


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...