Bukan Blog Kamu: Tips Meneran dalam Labour Room

Friday, October 5

Tips Meneran dalam Labour Room




saya tengah menghitung hari nak bersalin ni..
sibuk lagi mencari tips itu dan ini haha...
lalu terjumpa panduan ni.. lalu saya nak kongsi kat sini..
lalu saya nak kongsi pada bakal ibu-ibu yang mungkin
sedang mencari info macam saya carik ni... jum baca jum..



1. Tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tu)
Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit
kelangkang tu ha macam mana baby nak keluar?  Tangan pegang
erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran dan dalam pada
masa yang sama bukak kelangkang anda ya... jangan katup2..

2.  Tarik nafas panjang-panjang dengan mulut tertutup.
Apabila meneran, angkat kepala dan letakkan dagu di atas dada,
mata terbuka dan memandang perut sendiri. Meneran seperti 
nak terberak tau. Bayangkan kalau sembelit seminggu, acaner tu?

3. Meneran bila perut tengah tegang atau sakit aje ya..
Bila tak sakit tak payah meneran, tak ada guna kalau buat camtu..

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis.
Jangan menjerit-jerit. Memekak je nanti. Anda sembelit nak
 terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan?
 Sebabnya akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat.

5.
Jangan angkat punggung, badan menggeliat sana geliat sini.
Buat penat je nanti. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak
 terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan
 meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat.
 Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

6. Baca bismilah atau sebaiknya baca doa Nabi Yunus tu kalau
teringat la atau bace jela ape2 yang teringat masa tu hehe..

7. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi
pada payuda anda supaya baby kenal puting ammanya sendiri...
 Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby anda selepas melahirkan,
itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu.
 Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi anda balik. Bertenang suddeyy..

8. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. 
Balik rumah boleh buat. Ini akan menganggu nurse atau doktor
yang nak menjahit apa yang terkoyak di sana..

Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan suami anda supaya
dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita mungkin terlupa
dek menahan sakit. Bila suami dah tau senang la dia guide kita.

Sila baca PETUA MUDAH BERSALIN mana tau boleh membantu?





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

7 2 ORANG KATA:

Rai Ourkizuna said...

wahh..gayanya macam da banyak pengalaman bert..hehehe..

Cik Nur said...

bagus untuk mereka yg sedang menunggu hari jugakan. :)

yg xboleh balah kissing2 hubby..hihihihi..ade ke..?

:: Mrs.Eady :: said...

tak bleh dah nak belajar nie..hehehe...

eMMe said...

GUD BERT!
Thx dear!
akak kene baca lagi skali
skrg ni tak concentrate, kerja
tak abis2 lagi ni
gerrrr~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus ni nanti boleh refer sini kalau nk bersalin lg hehehehe

syiela said...

bagus bagi mereka yg menunggu hari..

moga di mudahkan segala urusan ye bert

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih kongsi tips ni akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...