Isteri tidak gemar bau suami? Isteri tidak boleh memandang
wajah suami? Benar kah masalah ini berkaitan dengan
perubahan hormon atau psikologi semata-mata?
“Kenapa ya, akhir-akhir ni saya asyik ‘bad mood’ saja?”
tanya Fatiha kepada suaminya Aiman.
“Entahlah Yang, tak tau pula saya. Orang mengandung
kan memang biasa macam tu,” balas Aiman.
Dilema yang dialami Fatiha bukanlah suatu yang asing. Ketika hamil,
semuanya berubah. Bentuk fizikal, hormon yang dikeluarkan oleh
tubuh malah emosi turut mengalami perubahan. Ini bermakna,
setiap perubahan yang berlaku pada ibu hamil saling berkaitan.
Secara umumnya, kehamilan merupakan satu tempoh yang
sungguh bermakna dalam hidup seorang wanita. Inilah waktunya
pasangan suami isteri berhadapan dengan mainan emosi di antara
rasa takut dan harapan menggunung untuk menjadi ibu dan bapa.
Pada awal kehamilan, anda mungkin tidak dapat merasa perubahan
yang berlaku pada diri walaupun hal ini jelas. Ketika ini,
sesetengahbakal itu mungkin diselimuti rasa bimbang
kehilangan bayi yang dikandunginya itu. Ketakutan ini
walaupun tidak berasas adalah perkara biasa.
Setelah kekhuatiran pada trimester pertama mula menghilang,
maka bermulalah perubahan emosi di trimester kedua.
Walaupun perasaan ibu hamil ketika ini tidak begitu terganggu,
mereka masih resah.Ramai bakal ini akan mula rasa malu
dengan perubahan fizikal yang dialaminya. Akibatnya,
mereka akan rasa rendah diri.
Ketika trimester ketiga pula, ibu-ibu hamil mula memikirkan
tentang saat-saat kelahiran yang bakal tiba tidak lama lagi.
Pelbagai perkara bermain di benak fikiran masing-masing dalam
tempoh 3 bulan terakhir kehamilan itu. Risau tentang anak yang
bakal dilahirkan nanti.Akan tetapi, sebaik sahaja selamat melahirkan,
maka hilanglah sudah segala kerisauan, lebih-lebih lagi
setelah berjaya melahirkan anak yang sihat dan sempurna.
Sebenarnya, perubahan psikologi yang berlaku itu bukan hanya
pada ibu hamil, tetapi juga pada suaminya. Bakal bapa turut tidak
terlepas daripada ketidakseimbangan emosi. Sesetengah bakal
bapa rasakan diri mereka diabaikan isteri. Ada juga yang tidak
yakin keupayaan sendiri untuk bergelar bapa. Walaupun begitu,
janganlah risau kerana semua perasaan ini akan hilang
sedikit demi sedikit setelah anak lahir.
No comments:
Post a Comment