Assalamualaikum..sedikt ilmu yang ingin saya kongsikan kepada wanita
yang sedang hamil bagi mengelakkan keguguran dan alahan ketika
mengandung. Boleh juga dia amalkan bagi yang inginkan zuriat. Insya Allah
SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung)
Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
perempuan yang selalu anak kandungannya gugur,
nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
TERJEMAHANNYA
Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau
bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu,
serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang
kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat.
Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda.
InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.
credit to wall : Rawatan Islam AnNur
No comments:
Post a Comment