Saturday, May 11

Posisi Tidur Terbaik Semasa Kehamilan





Tidur Dengan Posisi Terlentang

Selepas minggu ke 16 kehamilan, adalah digalakkan ibu hamil supaya 
tidak tidur terlentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan 
seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. 

Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga dapat meningkatkan risiko 
sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan 
peredaran darah. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua dan ketiga juga
 dapat mempengaruhi tekanan darah. Terdapat sesetengah wanita 
yang menunjukkan penurunan tekanan darah yanmembuatkan 
mereka berasa pening kepala.

Selain itu, terdapat juga mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah.
 Sekiranya ibu hamil yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, 
adalah amat tidak digalakkan untuk tidur dengan posisi terlentang.

Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda 
sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang 
mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring. - sumber


4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak dah melalui semua dan tak mungkin akan melaluinya lagi Bert..

Miss N™ said...

rasanya untuk ibu mgandung mengiring selesa kan..

eMMe said...

Bert, bile nak hamil lagi ni?
heeee~ jom saing, heeee...

diary_ciknaa said...

tapi ciknaa ni tak selesa bl tido mengiring, bby mesti mengeras kt dlm.. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...