Bukan Blog Kamu: Apabila murid carutkan cikgu......

Thursday, May 16

Apabila murid carutkan cikgu......

Dari sumber cerita dari laki saye, seorang guru perempuan telah 
dicarutkan pelajarnya tatkala beliau dikejutkan dari tidur....

Cikgu : Awak bangun.. jangan tidur dalam kelas saya.
Murid : GAMPA*G cikgu.. (maki si murid bila terbangun)
Cikgu : awak keluar dari kelas ni.. jangan ganggu orang 
lain nak belajar!! (marah si cikgunya dengan penuh bara)

Bila cikgunya nak balik dari sekolah. budak yang mencarut tu
duk tunggu depan pintu pagar.. takut la cikgu tu di apa2 kan 
budak tu.. yang sedihnya.. budak tu baru tingkatan SATU!!!!
nak jadi samseng pulak dah.. nasib baik ada yang tolong..
maka dapat lah cikgu tu pulang dengan selamat....

Budak2 sekarang memang menakutkan.. diorang tak takut cikgu..
tak macam kita dulu yang takut sangat dengan cikgu kan?
ada satu sekolah di bandar.. ckgu tu diberi amaran keras...

Murid : cikgu!! jangan sentuh saya.. saya anak VIP
kalau cikgu  nak selamat la...

tu satu, dua kisah.. banyak kan lagi kisah murid biadap ni..
budak simpan dendam dan balas dendam dengan cikgunya..
pengalaman saya jadi cikgu suatu masa dulu alhamdulillah..
mengajar di sekolah agama berasrama pelajar2 yang bijaksana..
takde jumpa pelajar2 yang kurang sopan macam tu..

Khas buat cikgu zaman sekarang yang penuh pancaroba...
Selamat Hari Guru untuk anda.. terutama cik asven saya, mak saya,
ahli keluarga dan sudaremare saya yang ramai jadik cikgu... 
moga mendapat ganjaran yang sangat besar di sana nanti insyallah...

Hargailah jasa guru anda.. tanpa guru siapalah anda yang berjaya kini..


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

8 2 ORANG KATA:

Qhaifa Nur said...

dulu anak murid takut dan hormat cikgu...tapi sekarang
itulah cabaran buat cikgu kini...

SarahSyafiq said...

tu la cabaran cikgu2 sekarang kan.kalau dulu, mak ayah siap bagi rotan minta cikgu didik anak.

Nisah Idham said...

betul budak sekarang tak hormat cikgu. cikgu balik kena buli.
kite dulu, dgr tapak kaki cikgu pon dh kecut..

Mayang ABDUL RAZAK said...

kalau nak jadi cikgu kena tambah sbjek pertahanan diri plak..

Cikda said...

besar pengorbanan cikgu, apatah lagi zaman moden ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

tugas seorang guru semakin mencabar kan.

ct kektus said...

hehee. mungkin budak tu tunggu depan pagar sekolah sbb nak mintak maaf kott. :)

Cik Nur™ said...

murid2 skrang mmg luarbiasa beraninyakan....

jadi cikgu skrang mmg byk cabaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...