Bukan Blog Kamu: Tanda-tanda bersalin

Saturday, September 15

Tanda-tanda bersalin





Untuk pertama kali macam saya nak bersalin mesti tak berapa nak pasti
apa tanda-tanda nak bersalin.. lebih baik saya simpan info ni
untuk diri sendiri dan juga mungkin untuk ibu-ibu yang sedang menanti
kelahiran bayi comel anda tau bakal ibu suatu hari nanti....



Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan
 menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses
apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk
membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin,
 satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1) Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut
 (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.

2) Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan
kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3) Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang
 dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4) Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan
 atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus
 yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau
mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun,
 ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5) Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.









Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

13 2 ORANG KATA:

Pn. Sheila@CC said...

akak x pernah bersalin normal ni, rasa berdebar gak dgn tanda2 bersalin nie...

Mrs Lurve said...

moga semenya dipermudahkan untk bert masa bersalin nti..

ros_reeza said...

Semoga dipermudahkan nanti ye :)

Cik Nur said...

semoga semuanya dipermudahkan ye..

BERT said...

aminnnnnnnn :))))))))))

duniafana said...

banyak makan kurma ok

aimi adilah said...

semoga semua nya selamat ye kak =)

:: Mrs.Eady :: said...

amin ~

Masz Sidek said...

tak lama lagi kan kak???
sy doakan semuanya selamat... akak dan baby... amin...

Wanieys said...

semoga semuanya selamat nanti yer..Insyaallah :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Doa banyak2 akak.. Semoga selamat semuanya.. Stanby air zam2 jika ada. Skrg mudah nak dapat..

lelamaisara said...

saya dulu tanda no 2 dan 5...mula2 ada kontraksi tu saya wat tak tau je tp bile air ketuban dah pecah mula la saya gelabah....huhuu...moga2 awak selamat ye....

Che Rosliza Che mat said...

Semoga di permudahkan dan semua selamat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...