Bukan Blog Kamu: Meh pekena NASI ARAB dikala lapar!!

Thursday, September 6

Meh pekena NASI ARAB dikala lapar!!




Kenapa pulak makan di kala lapar? sebab bila dah kenyang
mesti takde selera dah nak makan pape betul tak? haha..

sedang mengoder.. saya tak reti nak order hehe

Nasi Arab dah jadi makanan kegemaran cik suami pulak dah..
setelah dihasut, maka saya pun terkasut terhasut dengan hasutan
beliau dan tergemar nasi arab jugak kerana beliau juga telah terhasut
oleh rakan2 sejawatannya yang pernah belajar di Mesir satu tika dahulu..



  suasana dalam restoran di kala jam 6 petang waktu tempatan..
restoran ni baru je dibuka sebulan yang lalu di ipoh berhadapan
 dengan Kinta Riverfront dekat juga dengan JAIP.. 
sape dok Ipoh tau la kot kat mane tempat ni..

atas hasutan rakan cik suami yang memaklumkan bahawa ada
restoran arab yang baru dibuka sangat sedap makanannya..
maka kami pun juga terkinja2 ingin mencuba lah..
sangat cantik restoran ni.. ada surau lagi tu.. besar dan selesa..
tapi tak semua tempat nak ambik gambar nanti dikata gayat plak..

  
ye inilah menunya.. saya diorder oleh cik laki yang depan tu..
Nasi Ayam Mandy dan dihujung sana Nasi Arab Lamb Madghout..
saya tak suka kambeng maka order ayam jelah...
tak lupe juga di dalam suasana yang agak dingin itu maka 
kami order teh arab sahaja untuk memanaskan badan...
perghhh rasa teh arab ni memang sedap bangeeettt!!!
tak sama macam yang teh kita minum tu wooo...

..............................................................................................................


Meh saya copy sikit entry terbaru dari blog cik asven tentang
nasi arab yang telah kami kunyah sesedap rasa ni... hihi..

Blurppp Alhamdullillah!!! Maaf sekiranya penulis mulakan
dengan sendawa kecil. Kesedapan Nasi Arab Lamb Madghout
 dan juga Nasi Ayam Mandy kat Ipoh yang berdekatan dengan
 Hotel River Front dan juga JAIP semalam...

Penulis meratahi daging kambing yang sempurna dibakar luar dan
 dalam dengan penuh kenikmatan yang tak terhingga sampaikan
 Puan Isteri penulis punya nasi arabnya kena 'pow' (mintak sedikit)
 oleh penulis... Hal ini menunjukkan betapa berseleranya penulis
 akan Nasi Arab Yamen.. Sebelum ini, penulis terpaksa pergi ke..........

BERSAMBUNG DISINI..........






Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

12 2 ORANG KATA:

LiNda said...

bert..cantik restoran tu. Baru bukak eh kat ipoh, boleh linda ajak family linda try makan kat sini..;)

Kakzakie said...

Makanlah puas-puas sebelum kena berpantang Bert. En Amey awak tu tak kisah mesti dia bagi punya:)

are_lin@yu said...

ayu pun suka makan..walaupun kuahnya kurang tapi nasi pun dah cukup selera..hehe

Wanieys said...

sudah nampak kesedapan nasi arab disitu muahahaha :p

:: Mrs.Eady :: said...

tu diaaa.......mkn!

Rai said...

saya yang turut terhasut dan dihasut.. malah bakal menghasut.. hehehe..

Masz Sidek said...

suasana yg cantik...

tak pernah makan nasi arab ni... teringin pulak nak makan bila dihasut oleh kak bert.... hehehe

Kak Izan said...

tempat akak pun ada juga.. mmg sedap gak...tapi baru skali jer cuba.. :D

LiYa HaNiF :: said...

lapar dibuatnya.... :P

Cik Nur said...

memang nampak sedaplah..!

lelamaisara said...

huis...nampak sedap tu...memang tengah lapaq ni..:)

Wat's Up, Love... said...

I'm organising a family gathering about 45pax for my hubby's family in Ipoh.. Which restaurant should I pick..? Malika Saba or Hadramout.. Would appreciate if you could revert and give comments.. Thanks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...