Bukan Blog Kamu: Rahsia Orang Perempuan... shhh!!

Tuesday, March 6

Rahsia Orang Perempuan... shhh!!

Cerita ni peringatan untuk kawan lelaki je,

tapi orang pompuan sila ambil perhatian ye...

Jom kita tengok benda-benda yang

selama ini menjadi rahsia yang

terperam buat orang perempuan...............


ini adalah hakikat bagi lelaki haruslah fahami

bahawa perempuan itu............ adalahhhhhhhhh...


Salah satu kegemaran orang perempuan ialah

salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi.



salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata, tengok anak orang

teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki

akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!



Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan

tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan

bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!



Wanita memang pemurah... sebab itu diorang bermurah hati tabur duit

kat shopping complex tiap-tiap minggu! Orang perempuan tidak akan

menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...

tarik muncung empat, lima depa time merajuk!



Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah,

tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama;

ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah.



Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah

berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca

pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami.


Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up
dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up.
Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang
suka sangat buang duit beli alat make up!



Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya
tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula
selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali.


Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan

kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!


Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari

sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati.

Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama

orang perempuan akan kehabisan hati! Wanita telah diiktiraf sebagai kaum

yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja.



Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka

jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan,

orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai

umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi.

Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.



Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh
bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...


Salah satu kegemaran perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan
seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.



hehe.. copypaste dari email saya nih...
ada yang betul ada yang tak...
tapi banyak la yang betul.. adehh sendiri pun terasa ni.. hihi




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

8 2 ORANG KATA:

charmyiex said...

dalam byk2 tu kan..yg st sekali sangat betol...sgt suka kumpul resepi. tp bila masak, suka sgt nk ubah resepi2 tu...hihi

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

masak ikut resepi tu, is ajin... haha (^___^)

Dania Eryati said...

sy suka entri ini

Cik Nur said...

Mak Cik Nur hari2 tgk resepi...kadang2 bila tgk masakan baru dah tahu..itu dari intenet..hihi

psst..! fibox dah kembali pulis.hihihi

Karukord Jagau's said...

hah ada satu lagi...
orang kata...

suami mati meninggalkan hutang
isteri mati meninggalkan gelang

errr....ye ke...
kalau baca cerita2 kisah masyarakat kita mcm byk betul je...ngeeee

iEnA eLiEnA said...

blogwalking..
hihi sorry..cik iena bru nk blogwalking slps join segmen april bloglist ben ashaari..
lately bz sket..
okies cik iena follow kamu yer..
jgn luper follow blog cik iena sekali yer

http://www.ienaeliena.com/

ariana said...

hehe..ada yg mengena..ada yg tak..:)

Saya Disini said...

hehe...betul jgak yg ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...