Bukan Blog Kamu: Empat pelajar kolej bunuh pensyarah dan bapa

Friday, March 23

Empat pelajar kolej bunuh pensyarah dan bapa

ingat lagi berita kematian seorang pensyarah kolej dan bapa
mati dibunuh di rumah mereka di Puchong tu??
hari ini berita melaporkan empat pelajar kolej swasta didakwa
atas tuduhan membunuh pensyarah dan pesara itu....

kalau betul mereka yang bunuh ke tali gantung la gamaknye..
makin berani betul manusia sekarang ni.. tak puas hati bunuh aje ye..
memang sangat menakutkan.. harap pembunuh berjaya
di dakwa dan dihukum.. suka suki je amik nyawa orang lain..
ikuti berita penuhnya di bawah ini okay!!!

PETALING JAYA: Empat pelajar kolej swasta didakwa di

Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan

membunuh seorang pensyarah dan bapanya.


Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19,

Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20,

didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap

Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11,

Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi

pada 9 Mac lalu. Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama

terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada

kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman

gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Ketika pertuduhan

dibacakan, kesemua mereka menganggukkan kepala sebagai

tanda faham. Tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk

sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa

Che Abdullah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

SUMBER





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

3 2 ORANG KATA:

dwaty said...

tali gantung la kalau sabit kesalahan...

Cik Nur said...

kes bunuh sekarang ni..mcm goreng pisang panas je ye..

misshannajr said...

astagfirullah anak2 Islam rupanya..sedih la..yang kena bunuh tu dah la mualaf :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...