Monday, March 19

Kes Langgar Lari Pelumba Basikal Maut - SELESAI


baca tak berita semalam kes pelumba basikal yang
mati dilanggar lari tapi tertinggal plat kereta...?
akhirnya kes itu selesai.. apabila pelanggar lari itu
menyerah diri.. memang takleh lari dah kan...

bagus la camtu.. senang sikit kerja polis dan selesai masalah..
bertanggungjawablah apa sahaja kesalahan yang kita
dah lakukan... jangan lari dari masalah kerana
hal itu tidak akan selesai...

Kalau terkena kat ahli keluarga kita mesti kita marah kan?
banyak kes langgar lari.. tapi yang ni memang takleh lari..
banyak bukti ada contohnye plat kereta dan CCTV..

Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kes langgar lari

membabitkan pelumba dari Kelab Basikal Le Tua yang maut

dirempuh kereta berhampiran Taman Melawati, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata

siasatan kes itu selesai selepas seorang lelaki berusia 20 tahun

tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya

pada jam 11 pagi semalam.


"Kita telah merakam keterangan suspek untuk melengkapkan

siasatan kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amiruddin berkata lelaki warga tempatan itu dibebaskan

dengan jaminan polis kira-kira jam 4 petang hari yang sama.

Polis akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada timbalan

pendakwa raya untuk tindakan lanjut, katanya.


Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Rafizi Hamdan, 37, mati di tempat kejadian

selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai

jenis Proton Saga, ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah 2

berhampiran Taman Melawati ke arah Gombak.


Kenderaan itu kemudian meninggalkan tempat kejadian, namun

nombor pendaftaran kenderaan terbabit tercicir di situ akibat

kemalangan tersebut. Allahyarham Rafizi yang bekerja di CIMB Bank

di ibu kota, dilaporkan dalam perjalanan menyertai aktiviti berbasikal

bersama anggota kelab tersebut di kawasan Batu 12, Gombak.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana

memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian

SUMBER



1 comment:

Saya Disini said...

bgus la dah serah diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...