Sunday, October 6

Cara Menanam Uri Anak


SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu
tahu dan pelajari ialah menanam uri.


Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah
 teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan
 dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh.
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.
Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut
 pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu
 yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan
 diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh
menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.
 Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa
yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam
dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan
cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik
 bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti
plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar
dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang,
yang mungkin akan menggali uri ini nanti. Letak dalam
 kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan
 dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat
 semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat.
Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan
tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang
 boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut
 perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan
dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana
orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki
membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku,
pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. - sumber


2 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus bert share psl ni...nak tanam uri pn penting utk tau cara2 dia kan

Miss N™ said...

daripa tak tahu terus tahu..tapi setakat ni, nur tak pernah lagi tgk uri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...