Monday, December 2

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki




Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. 
Tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.
Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 
70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan. 

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, 
minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. 
Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium
dan magnesium juga diperlukan. 

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari
penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’
atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat 
dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan 
persetubuhan. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi. 

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami 
menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) 
dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam 
rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk
tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit
ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. 
Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. 

Selamat Mencuba!!!


2 comments:

Miss N™ said...

o..ade tips yea...

Unknown said...

Sya dah ada ank pmpuan.. ingat utk yg kedua nk laki.. Insyallah jika diizinkan ALlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...