Bukan Blog Kamu: 7 PETUA BAHAGIA SUAMI ISTERI

Tuesday, February 25

7 PETUA BAHAGIA SUAMI ISTERI

petua ni saya copy dari facebook...
untuk simpanan sendiri.. tatapan sendiri...
mungkin anda boleh guna jugak kan...
Sekadar gambar menempel.. kehkehkeh...


1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain
 dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan 
terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk 
antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari 
kerana pelukan itu  belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatianboleh 
mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan 
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing
 dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,
 menimbulkan cemburu seterusnya membawa 
kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya
 di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

4 2 ORANG KATA:

msredcheesecake said...

akan cuba sedaya upaya kerana Allah...insyaAllah... part bercuti tu susah sket...hhee

Fazil Hamid said...

yang no7 tu macam susah sikit...keretapi panjang...bila nak buat no2 tu pon tetiba ade yang menyelit kat tengah-tengah...hehehehe...

Cik Nur™ said...

bgus tips2 ni.. :)

LiNda said...

tips2 ni yg perlu diamalkan..insyaallah, harap2 prkahwinan kita hingga ke akhir hayat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...