si anak bujang ku yang pernah gak bape kali jatuh katil...
Kemalangan memang tidak boleh dijangka. Sehebat mana kita mengawal
pergerakan anak kadang kala ada juga kemalangan yang berlaku.
Bayi terutamanya yang sudah boleh meniarap memerlukan perhatian
kerana mereka berisiko untuk terjatuh jika dibiarkan bersendirian
di atas katil. Kisah anak terjatuh tanpa sengaja dari katil adalah perkara biasa.
Siapa yang tidak terkejut apabila anak tiba-tiba terjatuh
dari katil mama. Panik dibuatnya.
Pastinya bayi akan menangis kuat dan kelihatan terkejut.
Jika bernasib baik, tiada benjol berlaku di badan atau kepalanya. Bagaimanapun
pastinya papa dan mama tetap bimbang ada kesan gegaran pada otak bayi.
Sebenarnya, menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh
bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala
dan bagaimana cara mereka terjatuh.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak
sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa
umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak,
ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi
yang serius dan berpanjangan.
Jika bayi terjatuh, kita harus memastikan tiada pendarahan berlaku.
Mereka harus diperhatikan selama lebih kurang 48 jam dan jika
terdapat tanda-tanda seperti muntah-muntah, tidak aktif dan lemah atau sawan,
segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
1 comment:
bgus entry ni,...peringatan bersama...
Post a Comment