Bukan Blog Kamu: 5 RAHSIA DI BILIK HOTEL YANG KITA TAK TAHU..!!!

Saturday, January 11

5 RAHSIA DI BILIK HOTEL YANG KITA TAK TAHU..!!!

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 
5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu ..
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri 
apabila menginap di sesebuah hotel. 



Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada
 bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin 
berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.


Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian 
dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh 
membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini. 


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit 
atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel
 tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. 
Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia 
di bilik hotel yang patut anda tahu. 


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik 
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. 
Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya
 mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, 
kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan 
yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap 
dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan
 sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. 
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu
 gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. 

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik 
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila
 boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu 
pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang
 ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap
 dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk
 mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. 
Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan
 air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek
 sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
 terbayang apa yang terjadi di bilik hotel. 

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka 
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, 
bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, 
letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya
 sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka.
 Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka 
 tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.


Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah 
cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke 
dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. 


Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum 
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. 
Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti
 di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan 
racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak
 cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.


Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah
 dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan
 rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. 
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka 
menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. 
Kenapa? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 
minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. 


Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik 
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. 
Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, 
walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi 
seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia
 mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka
 bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah
 atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya?
 Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.


**sekadar memanjangkan kisah... boleh jadi panduan bila menginap di hotel

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

4 2 ORANG KATA:

fieda said...

aiyoo..takut plk bile baca kes ni..kena beringat la pasni..jgn disangka yg hotel 5 bintang tu terbaikkk..hihihi..

- AZIE - said...

cerek elektrik tu..eeeyerkkkk...truk btl huhuhuh pnh jgk gunak jerang air huhuhuhu

Cik Nur™ said...

teruk betullahkan....eeee

Ct Noraishah said...

ooo..terukya. Nak copy boleh tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...