Bukan Blog Kamu: 11 IDEA PERNIAGAAN DARI RUMAH

Wednesday, January 29

11 IDEA PERNIAGAAN DARI RUMAH



Dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang meruncing
 membuatkan ramai yang tertekan.. gaji 4-10k angka pun rasa
 tak cukup ni kan pulak yang berpendapatan bawah RM3k
hidup pulak di bandar2 besar. waduh2..  boleh kahh??

Harini nak share apa perniagaan sampingan
 yang boleh anda buat untuk menjana
pendapatan khas buat pekerja fulltime,
suri rumah, penganggur atau pelajar..

1. JUAL BARANGAN JAHITAN SENDIRI
Bagi anda yang berbakat dan ada kebolehan menjahit apa kata
anda menjahit pakaian, menjahit manik, menjahit set tilam baby
dan segala macam jenis jahitan boleh dibuat untuk menjual hasil
daripada jahitan anda sendiri... tokey tukang jahit memang kaya2 woo.
sebab orang kita ni memang suka menempah dari buat sendiri..
so ambil peluang ni... saya tak pandai menjahit wuwuwuw... *malu*

2. JUAL MAKANAN
Makanan memang paling mudahhhhh sangat nak menjual sebab 
orang kita kat Malaysia ni memang mudah dapat makanan dan senang
nak beli makanan di mana-mana sekalipun.. dari internet pun boleh beli..
contohnya jual kuih muih kat kawasan rumah, jual makanan bakeri 
seperti roti, kek, muffin, cheeesetart, coklat, dan lelain lagi..

3. JUAL PAKAIAN ATAU TUDUNG
Bisnes ni paling ramaiiii orang buat kan.. anda kene bersaing dengan betul..
design mesti yang terkini, cantik dengan harga yang berpatutan dan mampu 
menarik ramai pelanggan membeli dengan kita.. marketing juga kene mantopp..
perlukan modal untuk membeli secara borong untuk dapatkan harga murah..
sekarang ni lagi mudah.. modal takde pun boleh berniaga dengan dropship..
tapi nak buat dropship kene pilih peniaga yang betul2 buat ya.. jangan tertipu..
selidik dulu latar belakang peniaga yang nak buat dropship..
Contoh : BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP LUMAYAN
contoh : IDEA BISNES BAJU KURUNG

4.JUAL BARANG KOSMETIK ATAU SABUN
Bisnes ni pun mudah nak jual sebenarnya... terutamanya wanita yang
 sukakan kecantikan dan kesihatan.. jika produk bagus dengan jenama 
yang sudah terkenal memang mudah nak jual.. sebab dah ada branding..
tak susah sangat nak iklan kan.. share aje anda wakil pengedar
untuk jenama sekian2... ramai yang akan datang beli.. 

5. PERNIAGAAN PRINTING
Kalau ada modal  sikit dan anda kreatif bab design boleh buat bisnes ni..
anda boleh buat jual bisnes kad, sticker, edible image, flyers dan lain2 lagi...
jika anda kekurangan modal, cari kedai2 printing yang boleh anda berurusan
untuk jadi ejen mereka.. anda boleh buat marketing dari internet... mudah kan?
contoh : IDEA BISNES KAD KAHWIN

6. JADI JURUMEKAP/ JURUGAMBAR
Jika anda berbakat dan ada skill dengan 2 bidang ni pun boleh buat
freelance.. masuk kursus untuk mantapkan skill dan buat secara
partime.. memang boleh menjana pendapatan lumayan...

7. GUBAH HANTARAN
anda kreatif bab2 menggubah hantaran? haa buat bisnes ni...
ramai suka menempah dari buat sendiri... pelanggan bayar
deposit, anda dah boleh beli barang untuk menggubah.. senang!

8. MELUKIS
Pandai melukis? jangan sia2kan bakat melukis anda..
saya ada kawan buat perniagaan melukis karikatur.. 
memang best dan mampu menaja pendapatan lumayan..

9. MENJUAL CENDERAHATI
Takde bakat ape2 langsung? ha jual la cenderahati..
cari supplier yang boleh anda borong dan jual...
takde modal pun boleh buat dropship maaa...

10. JUAL  KEPERLUAN BAYI DAN KANAK2
bisnes ni pun memang ramai pelanggannya...
tapi marketing kene betul.. jika friendlist FB anda ramai pelajar
atau ramai yang masih bujang mungkin susah nak jual...
cari supplier jika bermodal tinggi sebab barang kanak2 ni 
memang agak mahal sikit kan? kalau takde modal buat dropship..

11. JUAL PRODUK DIGITAL
Selain dari produk fizikal, anda boleh menjual produk
digital seperti ebook, video, audio dan lain-lain lagi..
yang ni bagusnya komisennya agak tinggi.. bisnes ni
tanpa modal pun dah boleh buat.. cuma kene ada ilmu..
belajar dari sifu2 yang otai tentang produk digital ni ya..
Ok cukuplah 11 tips ni... rasanya banyak lagi tu..
semoga tips ni dapat bantu cari idea untuk berniaga 
secara sambilan atau sepenuh masa.. cuba jangan tak cuba..
Sabda Rasullullah : "9/10 rezeki datangnya dari perniagaan"
(Riwayat Tarmizi)



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

15 2 ORANG KATA:

Fazil Hamid said...

dah lame bercita-cita nak buat bisnes online...rasenye dah lebih 5thn...tp masih tak berkesempatan..

JembalCastle said...

terima kasih sudi berkongsi tips untuk berniaga di rumah...

Cik Nur™ said...

teringin nak kembangkan bisnes... :)

fieda said...

adoii..bile la dpt jadik bisneswomen mcm bert ni...

Hafiz Ahmad said...

Assalamualaikum
Perkongsian Menarik

Terima Kasih

http://bit.ly/Rahsiabisnesonline

HASRUL HASSAN said...

Bisnes dari rumah memang best, ada banyak idea bisnes dari rumah yang orang ramai seperti tak berapa nak nampak.

Kalau tahu, in Sha Allah, ia boleh menjana income lumayan.

www.hasrulhassan.com

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang seronok buat bisnes dari rumah. tak perlu buat kerja dan pergi pejabat macam biasa yang kita buat. Hanya perlu buat bisnes dari rumah aje.

pokok2u.blogspot.com

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Menarik. Thanks for sharing :)

mr.sketch said...

sangat menarik.. saya berbakat melukis dan melakar. tetapi saya tidak tahu untuk memulakan perniagaan berkaitan melukis samaada secara online or open.. mintak pendapat..email pada saya adly.arif90yahoo.com

elyana ummi umairah said...

jomla

Keladi Ubi said...

Kekadangan idea tu...bnyk..tapi..tiba nk bertindak tu yg susah

http://www.keladionline.com/2015/12/contest-review-lynk.html?m=1

Unknown said...

Terbaikk

Firefox firdaus said...

saya kerja online je. ramai juga suri rumah buat macam saya. kerja freelance.

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Encik Shino said...

Terima kasih berkongsi. Salam singgah.

Safeni Feni said...

Bisnes dirumah yang memang semua orang idamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...