terima kasih pada beliau info ini...
khas buat bacaan sendiri.. dan nak kongsi pada yang nak tau jela ye..
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap
terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya
kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda
kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan
anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun,
ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak
berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim
yang semakin membesar mula menekan pundi
kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang
dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan
anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya
adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi
semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan
ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda
sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan
kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan
menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan
mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak
pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin
mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa
anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak
akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil.
Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa
luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas
beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan
mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan
mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi
paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia
sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk
anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan
terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan
besar anda sudah mengandung.
Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!
4 comments:
noted! ;)
gudgurl~
so, ada ke tanda2 tu?? kekekekeke. sy dulu mula2 pun mcm ni jugak. sbb period tak teratur so, susah skt nak detect. solution buat pregnancy test kat umah.. masa mula2 rasa tanda2 awal tu memang dah dpt agak, ternyata memang betul. skang dah 6 bulan..
hehe ader la jugak.. tapi lum cek lagi la.. hehee.. wah dah 6 bulan.. tak lamer lagi la tu yer.. moga selamat yer bersalin hehe
Post a Comment