Bukan Blog Kamu

SHOPPING : KEDAI BABY ONLINE TERMURAH DAN POPULAR!!!

Wednesday, October 1

TIPS : SEBELUM ISTERI BERHENTI KERJA




16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri
 dan 4 lagi adalah untuk si suami. Semoga bermanfaat ya..


Nak share pengalaman sikit macammana boleh
 berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.
Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga
 sebab dia yang akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada

4. Cancel semua kad kredit

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai 
back up plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. 
No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak jika tak 
pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime
 housewife sesungguhnya lagi memenatkan.

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 
24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.

11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik 
dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan
 kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Abaikan!

12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang 
nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy,
 Upin Ipin dengan Pororo je. Hehe..

Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. 
Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel.

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala 
bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam
 sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari 
Allah. Bukan dari manusia.

4. Sentiasa support isteri dan masih
 menolong buat kerja rumah.

InsyaAllah, semuanya akan berjalan 
dengan lancar. Pastikan niat betul.

Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat. 
Tak lagi sakit. Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah
 lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital. Anak pun 
makin happy. Kita pun happy dapat tengok anak membesar 
depan mata. Rezeki, alhamdullillah tak pernah 
putus lagi. Suami faham, keluarga faham.

Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok,
 buat solat hajat, solat istikarah, minta panduan.

Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit.
 Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.

Sekian.
Sumber : my-media-hub

**Pengalaman sendiri bila dah berhenti kerja dan
 jadi suri rumah.... memang best laaaa!!! hehe..
betul kata si pencerita bagitahu... bila buat kira2
macam tak cukup je gaji sebulan suami..
tapi ntah la.. sebelum saya buat bisnes online
ada je rezeki.. rasa macam tak cukup..

tapi memang cukup.. tak mewah mana 
pun tapi cukup.. nak lebih selesa buatlah 
bisnes online.. kadang2 pendapatan jadi suri rumah ni
lagi banyak dari suami.. boleh bantu mana yang 
terbaik untuk diri, suami dan keluarga kan..
yang best jaga anak sendiri.. susah senang sama2..

tapi dalam masa yang sama, saya tabik spring toing2
pada ibu bekerjaya yang pandai uruskan semuanya..
multitasking!! pagi2 pergi kerja.. balik kerja uruskan 
rumah, anak dan suami.. kuat dan bertenaga selalu..
saya tak hebat dan tak berbakat macam tu maka saya pilih 
satu sahaja.. suri rumah berbisnes online sudah hihi**



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Tuesday, September 23

KENANGAN MANIS SEMANIS GULA TERLAJAK MANIS.. SUKANYAA MANISNYAA..



wajah nawfal paling rare dalam sejarah penangkapan
rupaparas beliau.. jarang  nak sengih depan camera

Selaku blogger biasa-biasa perkara yang jarang 
terjadi memang ada perasaan gayatnya.......
jadi nak simpan buat kenangan sebagai kenangan
manis menjadi seorang blogger... boleh ye? hehe..


blog ni biasanya dalam 1k -2k sahaja pageviews sehari..
tapi bila jadi macam ni.. tersenyum jugak sampai telinga..
masa tu jela.... bila keadaan menjadi reda.. kembali balik
seperti normal... 1k hingga 2k sehari.... sebab jarang 
hapdet blog pulak... kalau rajin sikit mesti lebih kot..


tak sangka kisah adik syafiqah menjadi viral...
share punya share punya share maka terviral 
dengan sendirinya... dek perasaan saya yang
bengang dengan tindakan guru tu tapi takpela
dah selesai semuanya.. tak perlu dipanjang2 lagi..


tuje... tsk tsk tsk.. okbai..

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Monday, September 22

MASALAH CASHIER : AKU NAK BAYAR KAU SIBUK MAIN HANDPHONE??!!



Rasa macam bengang pulak kalau kita nak bayar 
pada cashier tapi cashier nya bizi sangat main 
empon bimbit dia.. hish!!!

sebenarnya macam dah banyak kali kena...
saya cerita untuk 3 kes jela.. yang lain tak ingat..

pernah sekali di kedai makan.. nak bayar 
lepas makan.. berdiri je depan cashier tu..
leka sangat dia main empon.. wahh ko..
macam patung aku berdiri duk tengok gelagat dia
saje taknak panggil.. nak tengok berapa lama
dia nak main enset tu.. ok fine..!

sekali lagi, berdiri depan booth dalam pasaraya..
nak beli air mineral.. dia potpet2 dengan ensetnya..
sambil bercakap tu dia buat tanda isyarat nak apa..
kebetulan dia je jual air mineral grrr.. nak masuk
dalam pasaraya jauh ke dalam pulakk!!

oleh sebab dia tangah nyembang.. saya tunjuk jela
air mineral dalam peti ais tu.. dia paham, dan amik
tapi tangan tak lepas lagi nyembang... saya bagi
duit dan blah dari situ sambil geleng2 kepala...

cerita lagi horror.. cashier ni takde pegang enset..
tapi mulut dia potpet2..  eh pelik pulak...
dia cakap ngan sapa... kuat pulak tu cakapnya...
gelak kuat2 lagi mengada2.. saya sorang je 
customer dia tengah nak bayar barang...
bila perati je dia sambil tangan dia duk scan2
barang2 yang kita nak beli tu dengar jela dia borak2..

"aala abang ni.. ayang mekap cantik kat butik tu la..
takkan tak ingat... hik hik ala abang ni.. bla bla bla"

okeh.. rupanya ko sembang ngan balak kayu ko
guna handsfree depan customer ko weh??
siap bersayang abang bagai.. tade malu langsung!
vangang je aku bagi yang tengah bengang ni...
nak bercenta balik umah la oi.. ko sembang bagai bila
pelanggan depan mata.. kalau takde lantak ko lah..

nak ku saun dia tengah cakap kuat2 mata pandang
tempat lain tapi tangan buat kerja la.. bajet pro!
itu la last datang kedai dia.. takpelah.. banyak lagi 
kedai lain yang masih hormatkan customer
dengan harga yang lagi murah... nampakkk okbai..!!



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Friday, September 12

COKLAT BUBLE RICE @ CRISPY JAR MURAH DAN PALING SEDAPPPP!!!




Anda hantu coklat? suka makan coklat??
jom layan coklat chocobert yang baru nih..
Selaku penjual coklat homemade saya pun mengeluarkan
coklat buble rice saya sendiri untuk dipasarkan...
bermula Ramadhan yang lalu sehingga kini...





Alhamdulillah hampir setiap hari saya dapat tempahan..
produk ni telah dibranding semula, di upgradekan coklatnya..
lebih coklat.. lebih rangup... lebih sedap dari yang saya buat \
sebelum ni... tak caya nanti cubalah.. gerenti puas hati..

jom tengok komen pelanggan coklat chocobert ni..






jangan malu jangan segan carik saya dan 
buat tempahan... 0168880684

IG : COKLAT_SEDAP

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Bila Terdengar Lagu Teringat Seseorang...



mesti pernah jadi pada anda2 semua kah??
terutamanya yang suka melayan lagu la.. hihi


saya jarang layan tivi.. suka layan internet atau kalau 
tengah buat kerja saya suka layan radio.. 

bila dah layan radio macam2 lagu lah keluar..
lagu lama.. lagu baru.. lagu tak sedap.. lagu sedap..
lagu rare... lagu bosan.. lagu vangang.. lagu best..
semuanya ada kan...

bila terdengar sesuatu lagu.. boleh jadi terkenangkan
seseorang yang berkaitan dengan lagu tu...

tengah syok2 layan radio.. keluar satu lagu...
pastu dalam hati tu mesti cakap camni...

"eh lagu ni.. teringat kan sorang kawan ni..
pagi petang siang malam suka dan nyanyi lagu ni..
sampai aku yang tak suka pun boleh jadi suka.."

" eee lagu ni... teringat zaman sekolah rendah darjah 4"

"waa lama tak dengar lagu ni.. selalu karok dalam jamban
dengan bff dulu... rindunyaaa dengan bff tu"

"alaa sedih la lagu ni.. teringatkan buah hati"

dan macam2 lagilah apa sahaja lagu yang berkaitan
dengan orang lain mesti terkenang2 kan....

dan saya pulak tak boleh layan lagu rock kapak atau
lagu lama sorang2... nanti teringat kat pakwe.. a.k.a laki 
sekarang ni la haha.. kalau nak dengar mesti sama2
pasal suka lagu lama sama2.. kalau dengar sorang2 
nanti pilu.. kihkihkih.. sampaikan pernah sekali dia cakap
"kan best kalau kita kawan sejak baby.. mesti kita layan 
lagu lama dolu2 sejak kecik sampailah sekarang..."
hek ele.. boleh pulak macam tu.. 

oh mahaplah.. kami peminat lagu lama...
lagu2 baru hmm tak berapa nak menjiwai lah..
kami jiwa kilauan emas haha orranng lamaa..
otai masih berbisa.. *tetibe*




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...