1) Masukkan air suam dan periksa air dengan siku.
Jangan
menggunakan air sejuk kerana suhu badan bayi
akan menurun atau hiportemia. Badan bayi mudah
terkejut
terkena
air sejuk, menjadi biru dan berisiko untuk terkena sawan.
Disarankan
juga tidak memasang kpas angin dan membuka tingkap.
Alasannya
untuk mengelakkan bayi cepat berasa sejuk.
2)Waktu sesuai untuk memandikan bayi
2)Waktu sesuai untuk memandikan bayi
sekitar 10 pagi dan
5 petang
3) Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung bayi
3) Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung bayi
dengan kain napkin
atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.
Langkah 1
Langkah 1
Cuci muka bayi
dengan kapas atau sapu tangan yang dicelupkan
dalam air suam.
Lapkan di bahagian mata dahulu.
Langkah 2
Langkah 2
(Bersihkan kepala
bayi) Ampu kepala bayi dan kepitkan telinga bayi
dengan jari untuk mengelakkan air masuk ke
dalam telinga.
Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi
dengan lembut.
Ketika ini sikat
rambut bayi untuk mengeluarkan lendir yang melekat.
Keringkan rambut
bayi sebelum ke proses seterusnya.
Langkah 3
Langkah 3
Siram badan bayi
sedikit demi sedikit, gosok badan bayi menggunakan
sabun mandian bayi.
Bersihkan dibahagian lipatan seperti paha, ketiak,
kaki dan punggung. Akhir sekali bilas dengan
bersih dan lap sampai kering.
Langkah 4
Langkah 4
Jika tali pusat bayi belum tertanggal,
bersihkan tali pusat sebelum
bayi dipakaikan baju. Gunakan kapas bersih
bersama air suam atau
ubat khas cucian pusat bayi. Bersihkan tali
pusat dari atas ke bawah.
Kemudian lap di sekelililng pusat dan
bersihkan klip tali pusat.
Satu kapas untuk
satu kali lap untuk mengelakkan "infection".
Pastikan tali pusat
sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang
minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak
disarankan doktor.
Langkah 5
Langkah 5
Bolehlah disapukan losyen atau sedikit bedak
pada
bayi serta
dipakaikan baju bayi.
PENTING: Ibu wajib menyusukan bayi selepas mandi
PENTING: Ibu wajib menyusukan bayi selepas mandi
kerana bayi akan berasa lapar selepas mandi.
sumber : Breastfeeding Joys and Loves
7 comments:
Bert, hari ini 1stday twin anta org lain jaga (taska), hope teacher tu pandai pandai la jaga twin akak.. dlm hati ni dok risau n bedebo.. hope semuanye baik baik aja..
dulu selalu tgok mak mandikan adik2 je..
Petua yg bagus utk saya yg tak lama lagi nak jadi ibu.. ;)
rindunya saat mandikan anak-anak dulu...
petua yang bagus ni...
teringat masa qalesya bby dulu... hehe tk berani nk mandikan.. kecik sgt lak rasanya...
wahhh...Nur kena belajar ni....
qalief baby dulu wani xberani nk mandikan hihihi
Post a Comment